Terkini! Perm0honan i-Sinar Diluluskan Bermula 8 Mac – KWSP

Semasa Tempatan

KUALA LUMPUR – Ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di bawah umur 55 tahun yang telah membuat permohonan bagi kemudahan i-Sinar (tanpa kriteria) akan diberi kelulusan bermula 8 Mac ini.

Dalam satu kenyataan malam ini, KWSP berkata ini termasuk mana-mana permohonan baharu yang diterima selepas tarikh tersebut, tertakluk kepada baki yang sedia ada dalam Akaun 1 ahli.

“KWSP menghargai kes4baran dan pertimbangan ahli ketika pembaharuan ini dilaksanakan kerana pem4nsuhan kriteria i-Sinar yang diumumkan pada 11 Februari 2021 melibatkan perubahan besar kepada sistem, proses dan tadbir urus i-Sinar Online,” kata KWSP dalam kenyataan hari ini.

Menurut KWSP, jumlah pengeluaran i-Sinar serta jadual pembayaran maks1mum selama enam bulan akan kekal, seperti di bawah:

a. Bagi ahli yang mempunyai simpanan sebanyak RM100,000 dan ke bawah (Akaun 1), mereka mempunyai akses kepada jumlah pengeluaran sehingga RM10,000. Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maks1mum enam (6) bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maks1mum RM5,000.

b. Bagi ahli yang mempunyai lebih dari RM100,000 (Akaun 1), mereka mempunyai akses kepada jumlah pengeluaran sehingga 10% daripada simpanan Akaun 1 mereka.

 

Walau bagaimanapun, jumlah pengeluaran maks1mum yang dibenarkan adalah sebanyak RM60,000. Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maks1mum enam(6) bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maks1mum RM10,000.

Pemansuhan kriteria i-Sinar juga bermakna pembayaran inter1m RM1,000 yang dilaksanakan pada bulan lepas akan dihentikan.

KWSP menasihatkan ahli yang belum pernah membuat permohonan bagi kemudahan i-Sinar sebelum ini dan berhasrat memohon pada tempoh peralihan, supaya menangguhkan permohonan mereka sehingga i-Sinar yang telah dikemaskini dilancarkan pada 8 Mac.

Image result for i-sinar

“Ini akan memendekkan masa yang diperlukan untuk proses permohonan mereka dan mempercepatkan pembayaran wang i-Sinar,” kata kenyataan itu lagi.

Sehingga kini, sejumlah RM18.5 bilion telah dikeluarkan di bawah kemudahan i-Sinar sejak permohonan dibuka pada bulan Disember 2020, memanfaatkan 3.3 juta ahli.

Untuk maklumat lanjut, ahli boleh menghubungi hotline khas i-Sinar di 03 – 8922 4848. Untuk pertanyaan umum, ahli boleh menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di 03- 8922 6000 ataupun melayari laman web www.kwsp.gov.my.

KWSP dalam proses mansuh syarat i-Sinar: Tengku Zafrul

Image result for tengku zafrul i-sinar

Terdahulu minggu ini, Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menyatakan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dalam proses memansuhkan syarat kemudahan i-Sinar.

Menurut beliau, ia berikutan nasihat daripada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya KWSP menambah baik inisiatif tersebut setelah mengambil kira maklum balas pihak awam.

“Langkah ini diharap dapat membantu ahli-ahli KWSP mengharungi c4baran semasa ak1bat p4ndemik C0vid-19.

“Pem4nsuhan syarat bagi kemudahan i-Sinar ini akan membolehkan ahli KWSP yang berumur kurang daripada 55 tahun membuat pengeluaran daripada simpanan akaun satu mereka tert4kluk kepada baki yang sedia ada,” katanya menerusi satu kenyataan pada Khamis.

Beberapa pemimpin politik daripada kerajaan dan pemb4ngkang juga mendes4k kerajaan supaya memudahkan proses pengeluaran simpanan KWSP untuk meringankan beb4nan kewangan yang dihadapi rakyat Malaysia ketika p4ndemik C0vid-19.

Beliau berkata, berikutan perubahan yang perlu dilakukan kepada sistem dan proses dalaman i-Sinar Online, KWSP memerlukan masa yang mencukupi untuk melaksanakan pembaharuan ini.

“Pengumuman lanjut akan dibuat dalam masa terdekat oleh KWSP dan kerajaan amat menghargai kes4baran dan pert1mbangan ahli sementara perubahan sistem ini dilaksanakan.

“Ahli juga dinasihatkan agar mervjuk maklumat sahih daripada KWSP melalui saluran komunikasi rasminya dan sentiasa berwaspada dengan maklumat yang tidak sah1h dan bertujuan untuk menipu dan mengel1rukan ahli,” tegasnya.

 

Sumber: MalaysiaGazette, Awani, Sinar Harian

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Coretan Ummi

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.