“Thank You @Snopp Dogg”- Nad Zainal Tak Sangka Rapper Terkenal Muat Naik Foto Anaknya.

Hiburan

 

Pelakon Nad Zainal terkejut apabila mendapat tahu penyanyi rap antarabangsa, Snoop Dogg memuat naik foto anaknya, Fahad Ibrahim di akaun Instagramnya.

Foto tersebut merakamkan gelagat comel Fahad yang menyarungkan t-shirt bercetak wajah Snoop Dogg sambil cuba mengenyitkan matanya.

Selain Nad, pelakon dan pengacara Sherry Alhadad juga turut merasai perkara yang sama.

Menerusi ruangan komen Instagram Snoop Dogg, Nad mengucapkan terima kasih kepada Snoop Dogg.

“Thank You @snoopdogg!!!!!!!! – @mynameisfahadibrahim mom,” tulisnya ringkas.

Nad juga turut membalas komen Sherry menerusi ruangan komen berkenaan.

Terdahulu, Nad atau nama sebenar Farah Nadia Zainal Abidin berkahwin dengan Muhammad Faliq pada 18 Disember 2015 dan dikurniakan seorang anak lelaki bernama, Fahad Ibrahim, 2.

 

sumber : IG Snopp Dogg/ Nad Zainal via Astro gempak