“This is So Humbling..”-Menangis dan Menggeletar Bilal Baru Di Lantik Ini Selepas Laungkan Azan Kali Pertama.

SEORANG lelaki yang baru dilantik menjadi bilal di Masjid Nabawi menangis teresak-esak apabila melaungkan azan buat kali pertama di masjid suci umat Islam itu.

Bilal yang dikenali sebagai Mohammed Marwan dilantik sebagai bilal baharu bagi menggantikan bilal lama yang telah bersara.

Menerusi video yang tular di media sosial, Mohammed Marwan gagal menahan sebak lalu setelah selesai melaungkan azan, beliau terus sujud sebagai tanda syukur kepada Allah SWT.

 

Perlantikan Muazzin (Bilal) bagi Masjidil Nabawi yang bernama Mohammed Marwan menangis dan menggeletar tubuhnya selepas mengalunkan azan pertamanya. Beruntunglah beliau kerana dipilih Allah untuk melaungkan azan bagi Masjid kepunyaan Baginda Nabi Kekasih Allah.

 

Rata-rata netizen yang menonton video berkenaan turut sebak apabila mendengar kemerduan suara bilal tersebut.




sumber : Penang Kini Press via kulihatlangitbiru.com