(Video) ‘Ada Anak Tapi Jauh..’- Tiada Bekalan Air & Elektrik, Suami Jaga Isteri Bvta Di P0ndok Usang

Keluarga Semasa Tempatan

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Itulah situasi yang dialami oleh pasangan suami isteri ini apabila mereka terpaksa hidup dalam keadaan serba kekurangan. Mereka tinggal dalam satu rumah yang kelihatan sangat daif sehinggakan tiada bekalan elektrik.

Suami jaga isteri bvta

Bismillah. Ziarah bulanan di Pondok Cinta Kali ini saya ambik video sikit untuk renungan kita bersama. Di pondok ini di didiami sepasang suami isteri yang sudah tua dan isterinya bvta. Apa yang saya nak sampaikan adalah nikmat kehidupan.

Rasa sayang, mereka hidup bahagia, sama-sama susah dan senang hingga tua, isteri bersyukur apa yang ada. Mereka lebih bahagia dan tenang hidup di kawasan ini tanpa gangguan. Kadang-kadang kita hidup mewah tapi hati tidak tenang kerana terlalu cem4s memikirkan masa depan.

Syukuri Nikmat, masa depan dan rezeki itu urusan Allah.

Menerusi perkongsian tersebut, Wan Uras Uda bersama beberapa individu lain telah melawat sepasang suami isteri yang hidup dalam keadaan serba kekurangan di Batang Ai, Sarawak.

Lebih menyedihkan apabila mengetahui si isteri yang berusia dalam lingkungan 80 tahun itu mengalami c4cat penglihatan dan telah dijaga oleh suaminya. Walaupun begitu, itu bukan penghalang untuk mereka hidup bahagia. Pasangan ini hidup dengan penuh rasa kasih dan sayang.

Sedihnya

Bismillah 🤲..Ziarah bulanan di Pondok Cinta Kali ini saya ambik video sikit utk renungan Kita bersama..Di pondok ini di…

Posted by Wan Uras Yida on Monday, November 16, 2020

 

Sementara itu, seorang pengguna Twitter, Joxxanna ada memuatnaik satu screenshot yang diambil dari Whatsapp Story mengenai pasangan suami isteri ini.

Dalam perkongsian itu memaklumkan bahawa kedua-dua mereka hanya tinggal dalam pondok yang daif selain tidak mempunyai bekalan air dan elektrik. Malah mereka hanya bergantvng dengan air sungai dan menggunakan kayu api untuk memasak.

Difahamkan, anak pasangan ini tinggal di seberang sungai dan jaraknya agak jauh. Bukan itu sahaja, mereka juga mengalami kehidupan yang agak susah.

Semua hidup susah

 

Sumber: Wan Uras YidaJoxxanna, Ohbulan

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Coretan Ummi

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.