“Tiada Zuriat Bukan Hukuman Tuhan” – 13 Tahun Menanti, Luahan Wanita Ini Buat Ramai Sayu.

Mungkin allah turunkan amanah syurga itu dari zuriat orang lain itu lah tanggungjawab kita dia dunia ini..

Setiap pasangan yang sudah mendirikan masjid mesti mengharapkan untuk mendapat cahaya mata kan? Namun tidak semua pasangan akan dikurniakan zuriat. Sentiasa tanam dalam hati Allah itu sebaik – baik perancang.

Ini kami kongsikan luahan rasa seorang wanita yang tidak dikurniakan zuriat sendiri dan memilih untuk mengambil anak angkat. Semoga apa yang dikongsikan oleh Puan Fasham menjadi kekuatan bagi pasangan di luar sana.

tiada zuriat bukan hukuman tuhan, luahan wanita ini buat ramai yang sayua

Ye tiada zuriat bukan hukuman tuhan to all couples out there bersangka baiklah dengan allah … kerana dia lebih mengetahui . Kalau rasa dah pelbagai usaha yang kita lakukan masih tak berjaya muhasibah diri dengan kekurangan diri dan sentiasa doakan yang terbaik .

Tak semua kita idamkan impikan akan termakbul , orang sekeliling jgn la plak “eh ko cuba la ni cuba la tu “sampai satu tahap si isteri tahap depress nk jawap bukan tak mencuba cuma rezeki takde .

Allah tu maha adil n mengetahui mungkin rezeki allah bagi tu bukan dengan cara ada zuriat sendiri .
Mungkin allah turunkan amanah syurga itu dari zuriat orang lain itu lah tanggungjawab kita dia dunia ini … tak salah tetap ianya amanah syurga yang allah kurniakan untuk kita belaja menjadi ibubapa yang terbaik dan umat nya yang bersyukur dan redho ketentuannya

Jangan putus harap …selama 13 tahun berumahtangga rezeki yang datang untuk setiap orang berbeza … jangan rasa down bila orang tanya kenapa berbeza mama papa ngn si anak ( soalan yang selalu aku trima) jawapan aku tenang untuk menjelaskan nya walaupun terjentik hati wanita aku sedikit amik nafas dendalam jawap amanah syurga saya dan suami allah bagi cara berbeza insyallah ianya tetap anak saya .

Didik , kasih sayang , ikhlas itu yang penting … persetankan pandangan … persetankan tanggapan ,keluarga kita , rezeki kita , anak kita yang penting yakin dan sentiasa doa dipelihara hati .

#proudparents
#supermanwasadopted
#parenthoodrequireslovenotDNA

Lastly
“The Family is God’s Greatest MASTERPIECE”

Kredit : Fasham Shamsinar Al-Idruse via sinar fm