“Tidak ditahan pihak berkuasa Malaysia” – Kepulangan sajjad berjalan lancar

Hiburan

TIDAK selesa berpakaian lelaki dipercayai antara penyebab ahli perniagaan kontroversi, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajat memilih berpenampilan seperti wanita ketika di Tanah Suci.

Difahamkan, Sajjad bersama keluarga, rakan serta mutawwif sudah pulang ke tanah air pagi tadi, awal sehari daripada tarikh sepatutnya mereka pulang.

Mereka dikatakan membeli tiket penerbangan sendiri tanpa melalui agensi umrah Albayt Travel (M) Sdn Bhd, dan tiba di tanah air kira-kira jam 5 pagi.

Perkara itu disahkan oleh rakan kepada mutawwif yang bersama Sajjad sepanjang menunaikan umrah di Tanah Suci.

Dia yang enggan dikenali berkata, rakannya itu tidak mengenali Sajjad dan hanya mengetahui identiti ahli perniagaan terbabit selepas tular di media sosial.

“Itu pun selepas seorang jiran memberitahu isterinya sebaik melihat gambar ustaz bersama Sajjad yang tular. Isteri kemudian menghubunginya yang ketika itu berada di Tanah Suci.

“Selepas mengetahui perkara itu, ustaz bertemu Sajjad meminta penjelasan. Dia turut menasihati Sajjad supaya mengakui kesilapan dan memohon keampunan Allah SWT,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Disebabkan gambar tular itu, katanya, rakannya itu dikecam dan dihina oleh warganet tanpa mereka mengetahui perkara sebenar.

“Ustaz memang tidak tahu apa-apa dan dia hanya melaksanakan tugasnya sebagai pembimbing umrah kerana Allah. Berhenti menyalahi beliau.

“Alhamdulillah, ustaz tenang sekarang bersama keluarga dan tidak mahu diganggu,” katanya.

Dia berkata, kepulangan mereka berjalan lancar, malah Sajjad juga tidak ditahan pihak berkuasa Malaysia sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Sementara itu, Sajjad menerusi Instagram naik lima status memohon keampunan Allah.

“Ampunkan aku Ya Allah aku seorang pendosa. Ya Allah maafkan aku, aku bersujud pada Mu Ya Allah. Alhamdulillah yang baik datangnya dari Allah yang jahat datangnya dari kita.”

 

View this post on Instagram

 

‎بسم الله الرحمن الرحيم Syukur Alhamdulillah… Dengan berkat keizinan rombongan kami sekeluarga ke tanah suci makkah dan madinah. selesai sudah umrah kami sekeluarga di kota mecca 🕋. . saya sungguh terharu dan terasa diri ini kecil sangat sngat bila saya menjejaki kaki di sini,kerana bertapa indahnya ISLAM ☪️. saya melihat kebesaran ALLAH S.W.T, kerana tidak pernah membezakan umat nya dari segi darjat,umur,wajah,jantina,kedudukan,warna kulit,atau perbezaan mazhab.ternyata bila kita di sini,kita semua nya sama.menyembah Tuhan yang satu iaitu ‫الله‎ ‬ . Walaupun saya di malaysia selalu di kutuk,di hina,di caci malah perbagai tohmahan di berikan kepada saya,saya hanya berdiam diri.. saya musafirkan diri saya.. mungkin apa yang berlaku pada diri saya,saya anggap sudah tertulis menjadi insan bernama nursajat. . Bila saya sampai di sini,saya berniat dalam hati..saya nak berbicara dengan Tuhan saya,bicara soal kejadian saya,kenapa saya di lahirkan begini?kenapa saya yang Allah pilih jadi macam ini?kenapa saya yang banyak di berikan ujian? Kenapa saya selalu di katakan dilaknat dan syurga itu bukan milik saya?kalau bergini kejadian saya dimuka bumi ini,kenapa ALLAH jadikan saya??kenapa tidak pada orang lain?Tiada siapa yang hendak di lahirkan serba kekurangan😭. . Bila saya menjejak kaki di mecca 🕋 ,saya hati saya menjadi sayu,pandangan saya nampak luas,dan dada saya rasa macam tenang dan lapang sangat..saya pejam mata,bertakafur!!bila saya buka mata,saya melihat mak saya di sebelah..saya patut bersyukur dengan apa yang saya ada sekarang, walaupun saya macam ini,saya tahu diri saya dan jiwa saya adalah perempuan, saya bertuah kerana bukan semua orang terpanggil untuk mengerjakan umrah..berlinang air mata saya,bahawa saya patut syukur dan saya dah dapat jawapan sebaik baik mungkin di sini. Sehina mana pun kita,sejahat mana pun kita,bukan kita sebagai manusia boleh menghukum sesama manusia,hanya Allah sahaja tahu di mana kita berada nanti ketika kita meninggal dunia.Terima kasih mak dan ayah,kerana melahirkan sajat..buat anak anak syaza dan syahmi,ummi sayang anak anak ini sampai ke syurga. Semoga kami sekeluarga mendapat umrah makbur di sisi ‎الله. #mecca #saudiarabia

A post shared by Nur Sajat (@nursajat23) on

Sajjad turut menukar semula tetapan instagramnya daripada privasi kepada umum seperti sebelum ini.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber Hmetro