Tinggalkan komen nakal di Foto Scha Al-Yahya , Netizen Mula Spekulasi Punca Penceraian Nazim Othman.

Hiburan

Dakwaan lelaki lembut bukanlah kali pertama melanda Nazim Othman kerana perwatakannya yang ala-ala jejaka Korea. Terbaru komen yang ditinggalkan Nazim pada gambar Scha Al Yahya bersama seorang jejaka ‘mat salleh’ mengundang persoalan netizen.

Terbaharu, pelakon dan pengacara Scha Al Yahya telah memuatnaik gambar dirinya bersama seorang jejaka yang kacak iaitu pelakon antarabangsa, James Marsden. 

Namun apa yang menarik perhatian dan mengundang persoalan netizen, Nazim Othman meninggalkan komen ‘nakal’ buat jejaka itu pada gambar tersebut di laman Instagram Scha.

Bagaimanapun, komen nakal itu turut disedari netizen yang mula membuat spekulasi sendiri. Ada pula segelintir netizen mendakwa Nazim menyukai pada kaum sejenis (homeseksual) sekaligus menimbulkan persoalan punca penceraiannya sebelum ini.

Difahamkan pula, Nazim turut menyekat pengikutnya yang cuba mengusik nakal pelakon itu dengan bertanyakan apakah yang akan dilakukan Nazim jika dapat menculik pelakon antarabangsa berkenaan.

Mungkinkah Nazim hanya bergurau senda kerana melihat kekacakkan pelakon antarabangsa itu?  

sumber: Hangat via rotikaya