“Tolong Doakan Kandungan Isteri Selamat”- Datin Shahida Mengandung Kembar, Datuk Alif Risau Anak Gugur.

Jutawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri memohon sahabat Instagram (IG) dan Facebook (FB) mendoakan kandungan kembar isterinya selamat.

Aliff yang berkongsi rasa bimbang menerusi sebuah video terbaharunya di IG turut bertanya cara untuk menyelamatkan bayi daripada keguguran.

Menurut Aliff, beliau sengaja merahsiakan keadaan isterinya yang sedang berbadan dua kerana mahu membuat kejutan kepada semua.

 

View this post on Instagram

 

tolong doakan kandungan isteri saya @shahidadherbs selamat..😰😰😰Dugaan 2 ramadhan . . . sy sengaja nak rahsiakan Isteri saya tgh pregnant nak buat suprise kat smua….. tapi dugaan mungkin stress dgn keadaan semasa baru2 ni dimana byk pihak membesar2kn… dan mungkin sbb tu .. berlaku pendarahan yg agak banyak dan mungkin mengalami keguguran.. bila scan2 pula Dr bgtau baby kembarr.. ya allah sygg yaaa .. ada caranya tak nak selamatkan baby dari gugurr??😭…. Mudahan kedua2 anak saya dalam. kandungan selamat.. doakan ya semua sahabat ig dan fb…. mudahan dipermudahkan segala urusan😔 doa kalian amat saya hargai.. . . tudung wife sy dari @cloverush baju sy dr @as.legacymalaysia

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

Beliau juga tidak menyangka isteri, Datin Seri Nur Shahida, mengalami pendarahan serius yang munkin disebabkan oleh tekanan.

“Tolong doakan kandungan isteri selamat, dugaan 2 Ramadan. Saya sengaja nak rahsiakan Isteri saya tengah ‘pregnant’ sebab nak buat surprise kat semua.

“Tapi dugaan mungkin ‘stress’ dengan keadaan semasa baru-baru ini di mana banyak pihak membesar-besarkan isu…Dan mungkin sebab tu berlaku pendarahan yang agak banyak dan mungkin mengalami keguguran,” tulisnya.

Lebih mengejutkan, apabila doctor memberitahu bayi dalam kandungan Nur Shahida merupakan pasangan kembar.

“Bila scan pula doktor bagitahu ‘baby’ kembar. Ya Allah sayangnya…Ada caranya tak nak selamatkan ‘baby’dari gugur?

“Mudahan kedua-dua anak saya dalam kandungan selamat. Doakan ya semua sahabat IG dan FB. Doa kalian amat saya hargai,” kongsinya.

Aliff yang mengahwini Shahida pada Ogos 2007 telah dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, 10, Qadejah El Zahra, 8, dan Ibraheem Adham, 6.

Beliau juga mempunyai seorang anak angkat iaitu Ameena yang kini berusia dua tahun.

 

sumber : astro gempak