“Trend Apa ni Buka Aib Rumah Tangga.. Cukup La Satu Untuk Di Pertontonkan, Bulan Mulia Ni “- Idzham Ismail

Hiburan

Pelakon Idzham Ismail berpendapat sebuah rumah tangga yang dibina harus dihormati.

Menurut Idzham walaupun sedang berlaku pergolakkan, selesaikan ia dengan cara baik bersama pasangan masing-masing.

“Respect your own household. Besar mana masalah tolong keep it to yourself and settle it with your spouse in privately.

“Trend apa ni buka aib rumah tangga? Lepastu marah orang kecam?

“Actually kalau sengaja buka bukan salah netizen 100% kecam.

“Please la satu cukup untuk dipertontonkan. Bulan mulia ni,” tulisnya.

Perkongsian terbabit dibuat oleh Idzham menerusi sebuah entri di Instagram Stories miliknya.

Semalam, isteri kepada chef selebriti dan pengacara Chef Fikree Aznan, Syarifah Zuriehan Syed Ahmad Kamal mendakwa suaminya curang dengan wanita berstatus isteri orang.

 

sumber : astro gempak / IG Idzham Ismail