Trend Menulis Di Atas Kadbod Makan Diri, Gadis KFC Merayu Setelah Di Buang Kerja

Menulis di atas kadbod (kotak) dan menyebarkan ia di laman sosial telah menjadi trend di Malaysia sejak kebelakangan ini.

Trend ini dikatakan berasal dari Indonesia sebelum berkembang dikalangan netizens Malaysia. Sebagaimana trend-trend yang lain, trend menulis di atas kotak turut menerima kecaman warganet kerana dianggap satu perbuatan yang sia-sia.

Menurut warganet tulisan di atas kotak itu sia-sia kerana tidak mempunyai matlamat yang baik apatah lagi dibuat untuk bergaduh sesama masyarakat berbeza status dan jantina. Jika ia merupakan perlawanan membela hak rakyat dan kelas masyarakat tertindas, ia mungkin mendapat sambutan positif.

Namun sebahagian warganet mempertahankan trend itu atas nama suka-suka dan hiburan. Tidaklah hidup ini perlu serius sahaja, hujah pro trend menulis atas kotak.

Jika sebelum ini warganet mengecam wanita yang menulis atas kotak dimana mempersoalkan lelaki tak pandai jadi imam dan tahan 3 jam jika mahu jadi suami, kali ini warganet mengecam pula dua pekerja KFC yang mempersoalkan penunggang motorsikal kerana menggunakan drive thru KFC.

Gambar yang tular itu mendapat kecaman warganet khususnya geng motor yang mempertahankan hak mereka untuk drive thru.

Menurut beberapa keratan screenshot yang tersebar, pekerja KFC yang membuat tulisan kotak itu mendakwa telah dipecat selepas gambarnya tular dan meminta warganet memadamkan gambarnya.

Tidak dapat dipastikan kesahihan dakwaan itu kerana terdapat juga netizen yang mendakwa pekerja KFC itu masih bekerja dan tidak dipecat.

Belum habis isu penunggang motor yang dikecam kerana drive thru, satu lagi mesej berkotak dari pekerja KFC yang mempersoalkan selera pelanggan berkenaan bahagian ayam pilihan mereka pula menjadi sensasi di sosial media.

Hal itu kemudiannya mengundang pertelingkahan netizens terhadap kakitangan KFC.

KFC tidak memberikan apa-apa respon mengenai dua gambar tular yang membabitkan kakitangan mereka setakat ini.

DUDE WITH SIGN VERSI MALAYSIA

Aahhh kalau kat Malaysia ni pun tak kurang hebatnya ya. Mengambil idea bernas yang tercetus daripada @dudewithsign. Ada sekumpulan brother-brother yang mengambil peluang untuk membuat laman Instagram dan mengelarkan mereka @bebudak.kadbod, menjadikan mereka @dudewithsign versi local lah.

Sama seakan seperti idea @dudewithsign, geng-geng kita ini juga menyampaikan mesej-mesej yang padu dan spot on dengan situasi serta perkara yang kita alami di Malaysia. Baru-baru ini diorang jugak dah pun pergi ke restoran makanan segera Mcd dengan membawa signboard yang bertulis “Mcd tempat makan bukan study”.

Tahniah kami ucapkan tahniah kepada geng-geng @bebudak.kadbod yang rajin dan mengunakan masa yang terluang dengan betul. Setakat ni, laman Instagram milik @bebudak.kadbod dah pun mempunyai 29 ribu followers. Fuhh banyak tu geng!

Sumber sozcyili2020

Jangan Lupa Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf