“U Ingat I Tailor Apa? – Bajet RM350 Tapi Nak Baju Kahwin Macam Fasha, Pedas Tukang Jahit ‘Sekolahkan’ Pelanggan

Busana songket majlis resepsi aktres Fasha Sandha sememangnya cantik dan meninggalkan kesan pada yang memandang terutamanya wanita. Sudahlah sopan, potongan moden busana rekaan Rizman Ruzaini ini masih bercirikan klasik sehingga menyebabkan ramai wanita yang menjadikan persalinan songket itu sebagai inspirasi. Baru-baru ini, tular paparan skrin WhatsApp perbualan antara seorang tukang jahit bernama Che Tam dengan pelanggan yang mahu menempah baju nikah sama seperti busana songket Fasha. “Nak baju macam ni, boleh buat tak? Kain pon nak songket macam tu. “Kita dah bajet dalam RM350 upah sekali kain dan lace tu. Tak dapat 100% dapat 90% macam tu pun dah okay,” tulis pelanggan tersebut. Dek kerana mahukan rekaan dan material yang sama seperti busana terbabit tetapi dengan bajet RM350, pelanggan itu telah ‘dihambur’ oleh Che Tam. “U Whatsapp I waktu ni, macam dah tiada hari siang. Nak upah baju bajet artis, request pulak kain macam tu, letak siap-siap harga, U nak quality setanding baju yang nilai puluh-puluh ribu. “U ingat I tailor apa? U ingat pi beli kain then letak atas meja dalam opis, dok esok chinggg siap baju tu! “Jangan sesekali nak memandai letak harga. Yang nak buat pola tailor, yang nak potong kain tailor, yang nak buat serba-serbi tailor, apa hak U nak letak harga siap-siap? “Walau sekadar RM350 dapat tak, harga kain pun tak lepas, lace lagi! Acah artis, tapi bajet ciput kedekut. Pantang tok nenek aku dok main harga upah dengan aku!” balas Che Tam. Pedasnya! Insiden ini boleh dijadikan pengajaran. Tak salah nak jadikan mana-mana busana sebagai inspirasi, tetapi ia harus disesuaikan dengan bajet juga. Ukur baju di badan sendiri… Kan Che Tam dah marah bila dapat pelanggan macam ni! Busana songket Fasha yang mendapat perhatian ramai itu diadaptasi dari busana tradisional wanita Negeri Sembilan. Paduan songket dan renda itu diserikan lagi dengan aksesori gandik dan cucuk sanggul sebagai pelengkap gaya. Perbualan asal pelanggan & Che Tam Image may contain: 1 person, text Image may contain: text Image may contain: text Image may contain: text Image may contain: text Bagaimana pun Tailor Che Tam telah di kecam kerana bersikap kasar dengan pelanggan tampil menceritakan hal sebenar .. sumber : Astro gempak / siakap keli

Jangan Lupa Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf