UMNO Bagan Datuk n4fi keluar poster tahniah Zahid dilantik TPM

Semasa Tempatan

BAGAN DATUK – UMNO Bahagian Bagan Datuk men4fikan pihaknya mengeluarkan poster ucapan tahniah terhadap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kononnya dilantik semula sebagai Timbalan Perdana Menteri seperti yang tular semalam.

Timbalan Ketua UMNO bahagian itu, Datuk Khairuddin Tarmizi berkata, pihak UMNO Bahagian Bagan Datuk tidak pernah mengeluarkan poster tersebut dan berkemungkinan ditularkan pihak tidak bertanggungjawab.

YB Datuk Haji Khairuddin bin Tarmizi | KUASA

Menurutnya, penyebaran poster tersebut dilihat sebagai usaha pihak tertentu yang mahu membvruk-bvrukkan nama Ahmad Zahid yang juga Ketua UMNO Bahagian Bagan Datuk.

“Sejak akhir-akhir ini, begitu banyak maklumat p4lsu yang disebarkan pihak tertentu yang mahu merosakkan imej parti dan juga Presiden UMNO.

“Ini merupakan perang saraf yang dilakukan musuh politik UMNO. Apa yang pasti UMNO Bahagian Bagan Datuk tidak mengeluarkan poster berkenaan,” katanya kepada Sinar Harian.

Khairuddin berkata, pihaknya berharap penjelasan tersebut dapat meredakan keresahan orang ramai yang percaya kewujudan poster tersebut.

Beliau turut meminta orang ramai menghentikan penyebaran poster tersebut kerana ia adalah p4lsu.

Poster ucapan tahniah itu menimbulkan tanda tanya banyak pihak sama ada Ahmad Zahid akan dilantik semula sebagai Timbalan Perdana Menteri di dalam kerajaan Perikatan Nasional.

Wanita UMNO tegas ‘No DAP’ – Noraini Ahmad

Angkat jawatan Ketua Wanita setaraf Timbalan Presiden UMNO

TERDAHULU, Selepas beberapa pemimpin UMNO menyatakan pendirian masing-masing, kini Wanita UMNO pula menyatakan dengan tegas untuk berpegang kepada keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti untuk tidak mengadakan kerjasama politik dengan DAP.

Ketuanya Datuk Dr Noraini Ahmad berkata, keputusan itu juga merujuk kepada mana-mana pihak yang ada hubungan dengan DAP, termasuk Pengerusi Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi Protem Parti Peju4ng Tanah Air Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dalam satu kenyataan hari ini, Ahli Parlimen Parit Sulong itu berkata, mereka akan terus berpegang kepada usaha mengukuhkan Muafakat Nasional.

“Wanita UMNO Malaysia sebagai tulang belakang parti akan sentiasa komited dan teguh dengan keputusan parti iaitu tegas senada bersama keputusan mesyuarat Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang telah mempersetujui agar ‘no DAP’.

“Tidak ada kerjasama dengan sesiapa yang ada hubungan dengan DAP dan terus memperkukuhkan Muafakat Nasional.

“Wanita UMNO juga yakin dan percaya dengan kebijaksanaan pucuk pimpinan dalam membawa hala tuju parti demi kepentingan rakyat sesuai dengan status parti keramat di negara ini,” menurut kenyataan itu lagi.

Noraini, yang juga Menteri Pengajian Tinggi berkata, Wanita UMNO berharap semua ahli parti supaya tenang dan tidak membuat sebarang andaian yang boleh menjejaskan keharmonian di dalam parti.

Semalam, tular surat mengatakan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan beberapa Ahli Parlimen UMNO lain menyokong dan memberi kesetiaan tidak berbelah bahagi kepada Anwar untuk menjadi Perdana Menteri sebelumnya.

Bagaimanapun, Setiausaha Kerja UMNO Datuk Mohd Sumali Reduan tegas mengatakan surat itu adalah palsu dan ia disebarkan untuk menjatuhkan imej Ahmad Zahid.

 

Sumber: Sinar Harian

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Coretan Ummi

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.