(Video) Tak kisah habis puluhan ribu, Usahawan Cek Yana beri jam & gelang emas buat anak2 y4tim

Keluarga Semasa Tempatan

Mengusahakan perniagaan merupakan salah satu cabang rezeki yang dapat mengaut keuntungan yang berlipat kali ganda. Oleh sebab itu, ramai yang mencuba nasib bagi menceburi bidang perniagaan ini.

Bagi seorang usahawan dikenali sebagai Cek Yana yang  mengusahakan perniagaan rempah ODEN VIRAL CEKYANA, perniagaan yang dijalankan dilihat semakin berkembang dan membuatkan dia berbesar hati berkongsi rezeki dengan orang lain.

Berkongsi rezeki

Menerusi laman Facebook Cek Yana, dia telah tampil menggembirakan hati penghuni rumah anak-anak y4tim di Puchong dengan memberikan setiap seorang satu gelang emas bagi perempuan dan jam tangan berjenama buat lelaki.

Habiskan puluhan ribu untuk anak y4tim

Dalam salah satu live Facebook Cek Yana, usahawan tersebut memaklumkan bahawa menghabiskan RM32,000 demi membeli semua gelang tangan untuk diserahkan sebagai hadiah buat anak-anak y4tim .

Masing2 gembira dapat gelang & jam tangan

Kehadiran Cek Yana dan beberapa orang sahabat serta stafnya ke rumah anak y4tim itu telah mewujudkan suasana gembira apabila dia disambut mesra oleh tenaga pengajar dan juga anak-anak y4tim disana.

Bangga punyai bos macam Cek Yana

Live Facebook yang dibuat oleh Cek Yana pada hari pemberian gelang emas dan jam tangan itu telah mendapat perhatian warganet.

Rata-rata menzahirkan rasa terharu diatas kemurahan hati usahawan tersebut yang tidak kisah berhabis puluhan ribu ringgit untuk anak-anak y4tim yang sudah dianggap seperti anaknya sendiri.

Seronok dapat berkongsi rezeki dengan anak2 y4tim

Semoga Cek Yana sekeluarga dimurahkan rezeki

 

Menurut daripada sumber Facebook Cek Yana sendiri, rumah anak y4tim yang mereka kunjungi telah dibiayai oleh seorang guru KAFA bersama suaminya. Sebelum ini Cek Yana mengambil keputusan menanggung anak-anak y4tim ini, mereka dipercayai mencatu makanan dan mendapat ihsan dari orang ramai berikutan jumlah penghuni yang agak ramai.

Jadi, tindakan usahawan tersebut dalam berkongsi rezeki dengan mereka bukan sahaja dapat meringankan beban yang ditanggung penjaga rumah anak y4tim tersebut, malahan memberikan kegembiraan buat mereka.

 

Sumber: Facebook, OMM

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Coretan Ummi

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.