‘Sila cvcuk menteri dulu..’- KJ Kongsi Gelagat Netizen Tidak Percaya Vaksin, Cabaran Menanti

Semasa Tempatan

Ahli parlimen dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin hari ini meluahkan kesvkaran yang terp4ksa dihadapi dirinya dalam memperkenalkan vaksin C0VID-19 di negara ini.

Luahan itu dibuat selepas membaca komen-komen ditinggalkan netizen di hantaran Facebook dibuatnya ketika menjawab beberapa soalan tentang vaksin C0VID-19 di Dewan Rakyat baru-baru ini.

“Berikut adalah beberapa contoh komen mengenai vaksin C0VID-19 daripada Facebook saya.

“Ini menunjukkan cabaran komunikasi besar yang kita bakal hadapi apabila melancarkan program imunisasi di seluruh negara nanti,” luah beliau di Twitter.

Terdahulu, KJ dalam perkongsiannya di Facebook berkongsikan berita gembira apabila kerajaan menjangkakan bekalan awal vaksin bakal diperolehi pada suku pertama 2021.

Walaupun perkembangan vaksin itu disambut baik oleh sebahagian besar masyarakat, namun menerusi komen yang dit1nggalkan netizen di hantarannya itu pula menunjukkan reaksi sebaliknya.

Cucuk menteri dahulu

photo6140996973885500246

SUMBER: FACEBOOK KHAIRY JAMALUDDIN

photo6140996973885500245

SUMBER: FACEBOOK KHAIRY JAMALUDDIN

photo6140996973885500244

SUMBER: FACEBOOK KHAIRY JAMALUDDIN

photo6140996973885500247

SUMBER: FACEBOOK KHAIRY JAMALUDDIN

 

Bukan sahaja ada yang berkeras tidak mahu mengambil vaksin berkenaan, malah ada juga yang mempert1kaikan langkah untuk memperkenalkan vaksin berkenaan.

Seperti yang dikatakan KJ di ciapan sebelum ini, mereka yang bertanggungjawab mengenai perkara itu bakal berhadapan dengan tugas penting dalam mendidik masyarakat mengenai perkara ini.

Bagaimanapun, memandangkan keutamaan untuk vaksin itu akan diberikan kepada 3% populasi meliputi para petugas barisan hadapan, mungkin pihak berwajib masih mempunyai masa untuk mendidik dan menjelaskan kepada mereka ini untuk setidak-tidaknya mempercayai vaksin C0VID-19 yang bakal dikeluarkan nanti.

Jika tidak, ianya pasti akan menjadi lebih sukar untuk negara kita mengekang dan menghentikan penularan wabak C0VID-19 di negara kita.

MOSTI anggar RM3 bilion untuk bekalan vaksin – Khairy

Terdahulu, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi menganggarkan RM3 bilion diperlukan pada tahun hadapan bagi membolehkan rakyat Malaysia mendapat kemudahan bekalan vaksin C0VID-19.

Menterinya Khairy Jamaluddin berkata perkara berkenaan juga telah dimaklumkan kepada Kementerian Kewangan.

“Saya telah maklumkan kepada menteri kewangan yang sekurang-kurangnya kita perlu imunisasi 70 peratus daripada rakyat Malaysia dan saya minta RM3 bilion untuk disediakan bagi tahun depan,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat bagi menjawab soalan tambahan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad (PH-Kuala Selangor).

Terdahulu, ketika menjawab soalan Ahmad Hassan (Warisan-Papar) berhubung jaminan kecukupan bekalan vaksin, Khairy berkata beberapa rundingan telah dan sedang dimuktamadkan dengan pembangun vaksin di seluruh dunia termasuk bersama kerajaan China.

Khairy berkata Menteri Luar China Wang Yi menerusi lawatan pada 13 Okt lepas juga telah mengumumkan Malaysia berada dalam senarai keutamaan untuk menerima vaksin daripada China.

Beliau turut mengulangi kenyataannya bahawa bekalan vaksin awal dijangka diperoleh pada suku pertama 2021 dengan wajaran pertama untuk tiga peratus populasi negara yang terdiri daripada petugas barisan hadapan.

Malaysia bakal jadi negara pengeluar vaksin

Khairy berkata akses vaksin kepada masyarakat di luar bandar dan pedalaman yang tidak berkemampuan juga akan diperhalusi dan akan diangkat sebagai keutamaan sejajar dengan C0VID-19 ini dilihat sebagai satu keperluan asas awam.

Menjawab soalan tambahan Datuk Zakaria Edris (Bersatu-Libaran) berhubung perkembangan terkini rundingan dengan Fasiliti Akses Global Vaksin CO0ID-19 (COVAX), beliau berkata Malaysia kini dalam peringkat akhir bagi memuktamadkan penyertaan badan antarabangsa itu

“Dari segi harga yang ditawarkan, indic4tive price adalah dari segi maksimumnya USD21 untuk satu vaksin, jadi kita masih lihat beberapa klausa dalam perjanjian dengan COVAX itu yang perlu diperhalusi lagi. Kita harap akan dapat menandatangani penyertaan dalam COVAX ini dalam jangka masa terdekat,” katanya.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan COVAX hanya sebahagian daripada keperluan negara untuk mendapatkan bekalan vaksin, dan sebahagian besar lagi bekalan akan diperolehi melalui rundingan dua hala dengan negara lain atau syarikat-syarikat lain.

 

Sumber: The Vocket, BERNAMA

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Coretan Ummi

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.