(Video) Selamba 2 beradik berpantun ‘basuh’ Ahli Politik tatkala C0vid-19 naik, sampai Tunku Azizah pun share…

Semasa Tauladan Tempatan

MASIH ingatkah anda video tular memaparkan dua kanak-kanak cilik yang begitu petah berpantun?

Kali ini, Raja Muhammad Mikael, 5 dan kakaknya, Raja Farhana, 7, sekali lagi mencuri tumpuan apabila berpantun mengenai krisis politik di Malaysia tatkala kes C0vid-19 terus memuncak.

Bapa dua kanak-kanak itu, Raja Faizul, 41, mengakui pantun berkenaan membawa mesej mengenai situasi semasa negara dan berharap semua pihak terbuka hati menerima teguran berkenaan yang disampaikan dalam cara halus dan berhemah.

“Ia merujuk kepada situasi sewaktu C0vid-19, ada orang politik hangat berbalah sana-sini.

“Kami sampaikan mesej, manalah tahu orang politik boleh dengar, terbuka hati. Ini bukan niat nak kutuk, ini nasihat umum.

“Kita luahkan luahan hati menerusi bahasa seni. Selalunya orang kutuk dengan bahasa kasar, kita tak nak macam tu.

Aksi Raja Farhanan (kiri) dan Raja Muhammad Mikael mencuri perhatian ramai di media sosial.

“Biar ada nilai murni. Kita sebagai orang Melayu, nak tegur dengan kata-kata murni dari pantun. Bahasa yang lembut untuk tegur,” ujarnya kepada mStar.

Menurut Raja Faizul, pantun itu dirakam pada Rabu dan kedua-dua anaknya mengambil masa kurang 24 jam untuk menghafal skrip berkenaan.

Jelasnya lagi, dia terharu apabila video yang dikongsi turut mendapat perhatian Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Alhamdulillah tiada yang kecam. Ini pun sekadar pantun santai-santai, InsyaAllah mudah untuk diterima semua.

RAJA FAIZUL

“Saya rasa terharu bila Raja Permasuri Agong kongsi video itu menerusi Instagram milik baginda.

“Bila dah sampai kepada baginda sendiri, saya harap lebih ramai yang akan dengar pantun berkenaan.

“Proses rakaman juga agak muda, sebab Mika dan kakaknya dah terbiasa. Hafal skrip pun tak sampai sehari,” ujarnya lagi.

Menurut Raja Faizul, dia turut bersyukur apabila rata-rata komen yang diberi cukup positif.

Posting oleh Raja Faizul yang terharu dengan respon baginda berhubung penularan video dua anaknya.

“Alhamdulillah tiada yang kecam. Ini pun sekadar pantun santai-santai, InsyaAllah mudah untuk diterima semua.

“Setakat ini tiada yang kutuk-kutuk walaupun pantun itu ada selit mengenai politik,” ujarnya.

Video pantun itu bukan sahaja tular di Instagram, malah turut tersebar luas di media sosial yang lain sehinga menerima puluhan ribu tontonan.

Rata-rata netizen yang mendengar pantun ini bersetuju dengan pandangan anak-anak kecil yang lebih faham tentang bahaya C0vid-19 berbanding orang dewasa yang degil.

Pantun Sarat Makna

 

Ni Boleh Masuk TV

Syukur Allah Kurniakan Raja & Permaisuri Cakna Rakyat

 

Menurut ibu bapa KuMika, “Semoga mesej yang disampaikan dapat membuka mata dan hati mereka yang berkenaan.” 

Tonton video pantun adik-adik ni dibawah

 

Sumber: mStar, Instagram KuMika

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Coretan Ummi

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.