(Video) ‘Rayuan’ ayah saat melepaskan puteri sulung kepada menantu undang seb4k – “Abah kata apa-apa family first”

Keluarga Tempatan

MOMEN spontan yang dirakam ternyata lahir dari hati ikhlas apabila kata-kata penuh indah dan bermakna diluahkan sehingga berjaya meruntun hati netizen.

Itulah hari yang pastinya tidak akan dilupakan seorang bapa apabila terpaksa melepaskan anak perempuan kesayangannya kepada jejaka pilihan hati anaknya.

Menerusi video berdurasi 44 saat yang tular di media sosial, seorang bapa dilihat memberi pesanan penuh menyentuh hati kepada pengantin lelaki.

Dia berpesan agar menantunya itu menjaga anak perempuannya dengan penuh kasih sayang.

Awanis selamat disatukan dengan jejaka pilihan hatinya.

“Saya serahkan anak saya kepada kamu, saya serahkan amanah saya. Kamu jaga amanah saya sebagaimana saya menjaga dia.

“Kalau kamu datang ambil dia cara begini sekiranya kamu tidak dapat melaksanakan amanah kamu, kembalikanlah kepada kami,” demikian kata si bapa, seolah-olah merayu agar menantunya itu menjaga anak perempuannya dengan baik.

Bercerita kepada mStar, pengantin perempuan Awanis Abdul Rahman, 30, terkejut apabila video pada hari pernikahannya dengan suami, Safwan Zakwan Zulkipli, 30, pada 20 Jun lalu tiba-tiba menjadi tular.

“Video ni pada mulanya viral di Twitter tapi saya tak ada Twitter. Saya dapat tahu pun dari kawan-kawan yang tag dekat Instagram dan Facebook.

“Memang kami sekeluarga terkejvt sebab video ni tiba-tiba viral. Sebenarnya saya dan suami selamat diijabkabulkan pada 20 Jun lalu,” katanya.

Gambar kenangan bersama ibu bapa masing-masing.

Mengimbau kembali momen itu, anak sulung lima beradik ini mengakui turut seb4k dengan kata-kata bapanya, Abd Rahman Abd Latip, 62.

“Masa tu saya dapat dengar dengan jelas. Seb4k, sed1h semua ada. Saya tak sangka ayah akan cakap macam tu selepas selesai majlis nikah.

Kalau kamu datang ambil dia cara begini sekiranya kamu tidak dapat melaksanakan amanah kamu, kembalikanlah kepada kami.

ABD RAHMAN ABD LATIP

Bapa

“Hubungan saya dan keluarga terutama sekali ayah amat rapat. Mungkin dia seb4k sebab kali pertama lepaskan anak perempuan pada orang lain.

“Lagipun ini majlis pertama yang dibuat di rumah dan pernikahan anak perempuan sulung dalam keluarga,” katanya yang bekerja sebagai juruukur bahan.

Dalam pada itu, Awanis turut menyifatkan insan disayanginya itu sebagai seorang yang tegas dan bertanggungjawab.

Abd Rahman gagal menahan seb4k selepas anak perempuan sulungnya bergelar isteri kepada jejaka pilihan hatinya.

“Ayah seorang yang bertanggungjawab sepanjang membesarkan kami lima beradik. Dia juga jadi tempat rujukan saya untuk pelajaran, karier dan jodoh.

“Dia juga amat tegas dalam mendidik anak-anak. Kami memang diajar untuk makan semeja sebab abah kata apa-apa family first,” katanya.

Tambah Awanis, dia dan suaminya sepatutnya disatukan pada 4 April lalu tetapi majlis terpaksa ditangguhkan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

 

Sumber: mStar

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Coretan Ummi

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.