(Video) “Terlebih muatan, kena naik lori pula.”- Thr0wback Gambar Raya Anak Ramai….

Memiliki anak adalah impian setiap pasangan suami isteri, ada yang mahu sedikit tak kurang yang suka anak ramai.

Biar berapa pun bilangan anak, yang penting kehadiran mereka mengeratkan lagi kasih sayang dan menyemarakkan lagi ikatan perkahwinan.

Baru-baru ini viral perkongsian seorang wanita yang berkongsi gambar raya keluarga besarnya dari tahun 2018 sehingga sekarang. Semuanya gara-gara memiliki anak yang ramai.

Mana tidaknya, setiap tahun pasangan ini dikurniakan anak. Bahkan, mereka turut berseloroh kononnya kena menaiki lori untuk tahun ini gara-gara anak ramai.

Menurut wanita ini, keluarga mereka awalnya masih mampu menaiki motorsikal beramai-ramai. Tetapi dengan bertambahnya bilangan anak, akhirnya pada 2020 tidak lagi mampu berbuat demikian.

Apa yang melucukan, timbul idea dari si ayah untuk menaiki lori bagi menampung bilangan anaknya yang seramai 7 orang.

Menurut Puan Yati, walaupun memiliki anak ramai dan masih kecil, namun setakat ini dia dan suami tiada sebarang mas4lah dalam menguruskan tujuh anak mereka.

“Kalau saya keluar berdua dengan suami pun, 4 yang besar akan jaga 3 yang lain.

“Macam tugas mandikan adik, buat susu adik, suap adik makan, bergilir2.. Macam pagi kakak dah buat susu adik, tengahari saya minty abang dia pulak buat.

Tak nak nanti kakak rasa asyik dia je yang buat.” ujar Yati lagi sambil memberitahu pakaian raya untuk anak-anaknya adalah atas pilihannya sendiri.

Rata-rata warganet yang membaca perkongsian tersebut terhibur. Tak kurang yang memuji sambutan raya pasti lebih meriah dengan gelagat anak-anak itu.

 

Sumber: Keluarga.my

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Coretan Ummi

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan Lupa Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf