“Wearing on the first day of Ramadan.” Cabaran 30 Hari, Mizz Nina Ajak Wanita-Wanita Semua Bertudung Ramadan Ini!

Tahun 2019 bermakna sudah genap 6 tahun, bekas penyanyi, Mizz Nina memilih untuk mengenakan hijab

Image result for mizz nina

Mizz Nina atau nama sebenarnya, Shazrina Binti Azman, telah memuat naik satu posting menerusi laman Instagram meluahkan rasa kesyukuran dan bangganya mengenakan hijab.

Tambahnya lagi, keputusannya untuk berhijab adalah diatas pilihannya sendiri sebagai seorang Muslim yang patuh dan cinta akan Allah SWT. Di samping itu, beliau juga menyatakan bahawa semua wanita harus berasa bangga mengenakan hijab kerana ia adalah identiti seorang wanita Muslim.

 

 

View this post on Instagram

 

Jazakillah khair for the feature @worldhijabday ❤️ Alhamdulilah for wearing hijab 🧕 #Repost @worldhijabday ・・・ “2019 marks the 6th year since I started wearing the hijab, Alhamdulilah…. how time flies! I would like to express my love and support to all my sisters all around the world who struggle everyday to please their maker, who are proud of who they are and their Muslim identity just as I am.⠀ .⠀ Hijab is my choice, my way of expressing my love and submission to God. It is my dress code which protects me & my loved ones from harm, as I walk with my head up high with the beauty of modesty as my crown, from my heart, only for my Lord.”-Shazrina Azman, Malaysia, @officialmizznina⠀ .⠀ 👉👉DM, tag or email your hijab story. Please include photo, name & country.👈👈⠀⠀ .⠀⠀ .⠀⠀ .⠀⠀ .⠀⠀ .⠀⠀ .⠀⠀ #WorldHijabDay #Fashion #hijab #hijabtutorial #hijabers #hijabi #hijaber #hijabindo #hijabfashion #hijabdaily #food #hijabista #hijaberscommunity #hijabinspiration #hijablife #hijablove #islam #muslim #muslimahfashion #muslimah #muslimahwear #muslims #muslimwomen #muslimgirl #allah #quran

A post shared by Shazrina Azman (@officialmizznina) on

Mizz Nina sememangnya menjadi idola kepada ramai orang berikutan kisah penghijrahannya yang telah membuka mata dan mengagumkan semua.

Meskipun tidak lagi menyanyi, namun isteri kepada vokalis kumpulan Hujan iaitu Noh Salleh itu tetap aktif terutamanya dalam aktiviti kemanusiaan selain kerap kali dijemput menjadi jurucakap untuk memberi motivasi dan kesedaran kepada masyarakat serta dalam program berbentuk dakwah Islam.

Image result for mizz nina

Baru-baru ini Mizz Nina telah menunjukkan tanda sokongannya terhadap inisiatif yang dianjurkan akaun @worldhijabday dengan berkongsikan semula satu ‘posting‘ berkenaan Cabaran Hijab 30 Hari sepanjang bulan Ramadan ini

Selain daripada mengimarahkan lagi bulan Ramadan, antara tujuan cabaran ini dilakukan adalah bagi membanteras gejala Islamophobia di kalangan masyarakat dunia.

Image from Instagram @officialmizznina

Lebih menarik lagi, cabaran ini bukan sahaja terbuka untuk wanita yang beragama Islam sahaja, bahkan penganut agama lain juga dialu-alukan untuk mengambil bahagian bagi merasai sendiri pengalaman memakai hijab.

Sesiapa yang menyahut cabaran ini juga diminta untuk memuatnaik gambar mereka beserta dengan hashtag #Hijab30 untuk berkongsi pengalaman mereka memakai hijab sepanjang bulan Ramadan.

Image from Instagram @officialmizznina

Ramai netizen yang menyokong cabaran ini malah terdapat beberapa pengguna Instagram yang berkongsi pengalaman mereka memakai hijab di ruangan komen posting tersebut.

Antara komen-komen netizen:

Image from Instagram @officialmizznina

Image from Instagram @officialmizznina

Image from officialmizznina

Semoga inisiatif murni ini mendapat sokongan dan penyertaan daripada ramai wanita di seluruh dunia.

Jom berhijab di bulan Ramadan ini!

sumber : Says / IG @officialmizznina