“Welcome Oppa” – Lee Min Ho Tamat Jalani Latihan Ketenteraan Selama 10 bulan.

Hiburan

WAJAH terbaru pelakon Korea terkenal, Lee Min Ho yang sedang menjalani latihan khidmat ketenteraan menarik perhatian peminat.

Foto tersebut dirakamkan ketika Min Ho sedang mengambil gambar rasmi bersama rakan sepasukannya di pusat latihan tentera.

Bagaimanapun foto tersebut kini menjadi bualan peminat apabila Min Ho yang memakai pakaian tentera kelihatan sihat dan sedikit berisi.



Perubahan Min Ho itu ternyata mengejut para peminatnya dan mereka tidak menyangka fizikal aktor kesayangan mereka itu berubah dengan cepat.

Welcome Back, Oppa!

Berita kepulangan aktes pujaan ramai ini memang dinantikan oleh peminat korea dan berita ini telah tular dimedia sosial dengan meninggalkan tanda pagar ‘Welcome Back, Oppa!

Berita mengenai Lee Min Ho yang telah berjaya menamatkan latihan ketenteraan itu telah pun disahkan oleh pihak agensinya.

Dalam pada itu, Min Ho juga telah memuat naik beberapa siri foto di akaun Instagram (IG)nya minggu lalu.

Foto tersebut dimuat naik oleh Min Ho sebelum menjalani latihan asas ketenteraan selama empat minggu bermula 15 Mac lalu.

Foto tersebut dimuat naik oleh Min Ho sebelum menjalani latihan asas ketenteraan selama empat minggu bermula 15 Mac lalu.

Min Ho bakal menamatkan khidmat ketenteraannya pada Mei 2019.

Sumber: Allkpop /astro awani