“Will See U In Court”- Gara-Gara Muat Naik Tweet , PU Abu Mahu Saman Haniff Johara?

Hiburan

Ustaz selebriti, Pencetus Ummah Abu (PU) ada membayangkan mahu membawa penyampai radio, Haniff Hamzah ke muka pengadilan.

Ia susulan penyampai radio itu yang didakwa ada memuat naik satu tweet yang berbaur kasar, ditujukan kepada PU Abu.

“PU Abu. Bro. Lu diam je lah. Bodoh gile kau ni. Ini takde back story dah. U clearly suck.

“I hate people like u. Masih nak main victim card. And everybody who wants to back him up. FU,” tulisnya.

Melihat kepada komen tersebut, ini respon yang dibalasnya;

“Tak pe. Will see you in court,” jawabnya.

Melihat respon tersebut, rata-rata netizen memberikan komen pelbagai terhadap apa yang dibalas PU Abu.

Terdahulu, PU Abu ada memberitahu dia tidak akan memberikan sebarang kenyataan berhubung isu cerai bersama isterinya sehinggalah mendapat nasihat daripada bapanya.

sumber : Twitter PU Abu / MH