“Yang buat hal satu dua je, awak ajak follower hentam kami”- Video Terbaru Caprice Buat PU Amin Kesal.

Hiburan

PENCETUS Ummah (PU) Amin kesal tindakan penyanyi rap Caprice yang memuat naik video berbaur sindiran terhadap isu PU Abu di laman sosial Instagram.

PU Amin atau nama sebenarnya Mohammad Amirul Amin Lokman, 26, berkata, apa yang dilakukan Caprice boleh dianggap sebagai buli dan menjatuhkan maruah golongan itu.

“Laju awak buat kerja, kerja awak tak habis nak membahan para ustaz.

“Cukup-cukup la bro. Semua benda awak nak ulas. Bila orang lain ulas macam awak buat awak complain, awak kata useless, awak kata bodoh.

“Awak fikir kami PU, Imam Muda, ustaz ni budak-budak yang boleh dibuli ke bro?

“Awak fikir awak seorang sahaja betul bro. Teruskan dengan cara awak,” ujarnya.

Menerusi video berkenaan Caprice memuat naik paparan berita di beberapa blog hiburan berkaitan kontroversi PU Abu yang didakwa curang sekali lagi.

 

View this post on Instagram

 

Kita kene banyak zikir ❤

A post shared by Caprice (@capriceofficial) on

Caprice tidak membuat sebarang ulasan sebaliknya bertindak keluar dari bilik dan menukar baju yang dipakai kepada jubah putih serta meminta pengikutnya berzikir.

Dalam pada itu, PU Amin berkata, Caprice bersikap tidak adil dan sentiasa membela rakan-rakan baiknya yang menerima kecaman netizen.

“Bila kena dengan budak awak, awak kata Tuhan maha pengampunlah, ambil masa lima tahunlah… bila orang lain buat silap awak bantai.

“Awak terus fokus 2040 dan aplikasi awak kerana itu lebih baik untuk umat Islam,” ujarnya.

Hasil semakan mStar mendapati komen tersebut sudah pun dipadamkan.

Sebelum ini, Caprice berang dan menggelar PU Amin sebagai bodoh apabila menegur penyanyi rap MK K-Clique yang dikecam netizen gara-gara memakai rantai emas kerana minat.

Sumber Mstar