“Yang Haram Tetap Haram, Kalau Adik Aku Buat.. ” – Syatilla Melvin tuju pada siapa?

Hiburan

 

Pelakon Syatilla Melvin mengatakan dia akan berasa sangat marah jika adik beradiknya, Syifa Melvin dan Melveena Melvin membuat perkara yang tidak bermoral.

Syatilla meluahkan perkara itu menerusi ruangan Instagram (IG) Storynya buat tatapan umum.

Menurut Syatilla, perkara haram akan tetap haram, dia juga berharap agar segala perkara yang tidak baik dijauhkan dari seluruh ahli keluarganya.

“Yang haram tetap haram, masuk jadi darah daging pulak tu.

“Minta dijauhkan dari kami sekeluarga, semoga takkan berulang lagi.

“Kalau adik aku Syifa Melvin dan Melveena Melvin buat, dah lama aku penerajang kiri kanan depan belakang,” tulisnya.

Namun begitu, Syatilla tidak menyatakan dengan terperinci tentang perkara haram yang dimaksudkannya itu.

Dalam perkembangan lain, Syatilla kini hamil dan kandungannya hampir mencecah sembilan bulan.

Terdahulu, hasil perkahwinannya bersama pelakon Shaheizy Sam, mereka dikurniakan seorang cahaya mata bernama Syeriv Samheiz yang kini berusia dua tahun.

 

sumber : gempak