Dulu penyanyi rock terkenal, kini ambil upah kvtip s4mpah demi sesuap rezeki

Hiburan Tempatan Viral

SLIM RIVER – Lagu Bila Bunga Dipetik Orang dan Kerana Menyintaimu nyanyian vokalis kumpulan Sejati, Yazid Alias, pernah menjadi siulan anak muda sekitar tahun 1990-an, namun kini penyanyi itu terpaksa mengambil upah mengangkvt s4mpah demi kelangsungan hidup.

Yazid, 55, berkata penularan p4ndemik C0VID-19 menyebabkan beliau tidak lagi mendapat undangan membuat persembahan daripada mana-mana pihak.

Susulan itu, katanya, demi kelangsungan hidup beliau terpaksa beralih kerjaya dengan menjadi pengangkut s4mpah untuk menyara kehidupan keluarganya.

“Setiap hari, bermula jam 9 pagi, saya akan membonceng motosikal yang diubahsuai menjadi motosikal roda tiga untuk mengambil upah mengutip s4mpah di sekitar Kampung Balun dan Rancangan Perumahan Tersusun (RPT) Kampung Balun.

“Setiap rumah yang mendapatkan perkhidmatan saya akan memberi upah RM10 sebulan dan ada juga yang bermurah hati memberi lebih selepas melihat kesungguhan kerja yang saya buat ini,” katanya ketika ditemui, dekat sini.

Yazid berkata, penduduk sentiasa memberi sokongan kepadanya dengan membantu mengangkut s4mpah kerana usaha dilakukannya itu juga dapat memastikan kawasan kampung bersih dan bebas daripada s4mpah sarap.

Katanya, walaupun pernah popular sebagai artis dan dikenali ramai, beliau tidak m4lu dengan pekerjaan yang dilakukan sekarang.

“Walaupun pekerjaan ini bergelvmang bau s4mpah yang bvsuk, namun saya teruskan juga bagi menyara kehidupan keluarga. Buat apa nak m4lu kerana ini kerja yang halal dan saya tidak kisah apa juga kerja ditawarkan asalkan ia memberi rezeki kepada keluarga.

“Saya bersyukur kerana masih dikurniakan badan yang sihat untuk berkerja menyara keluarga dan ketika cuti sekolah, anak saya, Putera Norsyareza,12, juga membantu saya,” katanya.

Yazid berkata, selepas mengangkut dan meletakkan s4mpah dalam tong s4mpah disediakan pihak berkuasa tempatan (PBT) berdekatan Taman Tasik Yang Dipertua (YDP) Slim River, beliau akan membersihkan tempat meletak s4mpah pada motosikal roda tiga miliknya itu dengan hampas kelapa.

“Hampas kelapa ditabur pada bahagian pelantar untuk menghilangkan bau dan menyerap air s4mpah pada bahagian pelantar sebelum saya kembali mengangkut s4mpah di rumah penduduk,” katanya.

Yazid berkata, dia menasihati artis baharu yang sedang mencipta nama agar beringat ketika popular dengan membuat tabungan masa depan secukupnya.

Katanya, setinggi mana di atas, lambat laun berada di bawah juga menyebabkan mereka perlu membuat persediaan.

“Saya reda dan bahagia dengan pekerjaan yang saya lakukan sekarang dan yang penting saya mampu berd1kari untuk keluarga saya,” katanya.

Kumpulan Sejati merupakan sebuah kumpulan pemuzik dan penyanyi rock 90-an yang aktif di Malaysia yang berasal dari Slim River, Perak. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu rock Melayu.

Yazid Sejati gembira layak terima BPN

Terdahulu PENYANYI kumpulan Sejati menzah1rkan rasa kesyukuran apabila namanya tersenarai sebagai penerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) yang bakal diterima, esok.

Yazid Alias, 54, yang pernah popular menerusi lagu Bila Bunga Dipetik Orang pada 1990-an mengakui terkena tempias sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuat kuasakan pada 18 Mac lalu.

Menurutnya, ini kerana banyak undangan membuat persembahan di majlis keraian dan kenduri terpaksa dibatalkan.

Katanya, pemberian BPN sudah pasti melegakan dan mengurangkan beban rakyat di negara ini serta menambah kuasa beli untuk menghadapi PKP yang berbaki kira-kira sembilan hari lagi.

“Terima kasih kepada kerajaan yang sememangnya prihatin dengan nasib rakyat yang terjejas sumber rezeki mereka.

“Sejak pelaksanaan PKP, saya ada menerima bantuan barangan keperluan asas tetapi bantuan BPN ini membolehkan saya membeli barangan keperluan harian lain,” katanya ketika ditemui di Slim River, hari ini.

Yazid yang juga Timbalan Presiden Malaysian Rock Legend Fun Club (MRLFC) berkata, dia masih aktif menyanyi bagi menyara kehidupan bersama lima anaknya termasuk empat masih bersekolah.

Menurutnya, sejak PKP memang didapati kos barang dapur meningkat dan dia amat bersyukur kepada Tuhan apabila layak untuk menerima BPN.

“Pada kesempatan ini, saya menyeru rakyat Malaysia agar mematuhi PKP kerana apa yang dilakukan oleh kerajaan bukannya mahu ‘mengvrung’ rakyat tetapi untuk memastikan negara bebas w4bak C0vid-19.

“Kepada mereka yang bakal menerima BPN, sewajarnya kita bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan dengan bantuan ini,” katanya.

 

Sumber: HMetro, Cempedak Cheese

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Coretan Ummi

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.