(Video) Berterusan menyantuni m4ngsa banj1r, YDP Agong tak kekok jalan kaki red4h banj1r

Keluarga Tauladan Viral

Betapa beruntungnya kita sebagai rakyat Malaysia mempunyai pemimpin yang berjiwa rakyat. Baru-baru ini, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah mencemar duli mered4h banj1r bagi meninjau situasi di Kampung Lamir, Pekan, Pahang.

Melalui kemaskini Facebook Istana Negara, Seri Paduka Baginda bersama Permaisuri Agong dan anakanda-anakanda Seri Paduka Baginda berdua telah menyantuni m4ngsa-m4ngsa banj1r di kampung berkenaan.

Dengan berjalan kaki, mereka mengurniakan sumbangan kepada m4ngsa-m4ngsa banj1r sambil menziarahi beberapa kampung dan Pusat Pemindahan Sementara di sekitar daerah berkenaan.

14 Januari, 2021 – Menzahirkan keprihatinan terhadap m4ngsa-m4ngsa banj1r, KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berkenan berjalan kaki mered4h banj1r untuk meninjau situasi banj1r di Kampung Lamir, Pekan, Pahang.

Seri Paduka Baginda berdua turut berkenan meluangkan masa menyantuni m4ngsa-m4ngsa banj1r di kampung tersebut.

Dalam lawatan ini, Seri Paduka Baginda berdua turut berkenan mengurniakan sumbangan kepada m4ngsa-m4ngsa banj1r bagi meringankan beban yang ditanggung akibat bencana banj1r .

Turut mengiring, anakanda-anakanda Seri Paduka Baginda berdua, Yang Amat Mulia Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah, Yang Amat Mulia Tengku Panglima Muda Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah dan Yang Amat Mulia Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah.

Terdahulu pada hari ini, Seri Paduka Baginda berdua telah berkenan melawat beberapa kampung yang telah dilanda banj1r dan beberapa Pusat Pemindahan Sementara di sekitar Pekan di mana m4ngsa-m4ngsa banj1r ditempatkan.

Keberangkatan Seri Paduka Baginda berdua ini mencerminkan keperibadian dan keprihatinan tinggi Baginda berdua terhadap m4ngsa-m4ngsa banj1r yang memerlukan bantuan.

Seri Paduka Baginda berdua mengajak seluruh rakyat untuk bersama mendoakan agar bencana banj1r yang melanda beberapa negeri pada ketika ini tidak berpanjangan.

 

Gambar: Istana Negara

Gambar: Istana Negara

Gambar: Istana Negara

Gambar: Istana Negara

Gambar: Istana Negara

Image may contain: one or more people, people sitting, basketball court, outdoor and water

Gambar: Istana Negara

 

Sumber: Istana Negara, Siakap Keli

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Coretan Ummi

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.