(Video) Ditemui tinggal tengk0rak selepas 10 bulan terbabit kemal4ngan, dipercayai berlaku sekitar Mei tahun lepas

Batu Pahat: Seorang mangsa ditemukan hanya tinggal tengk0rak selepas dipercayai hampir 10 bulan terbabit dalam kemal4ngan di Kilometer 122.4 Lebuhraya Utara Selatan arah Yong Peng-Pagoh, dekat sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, polis menerima maklumat daripada pekerja penyelenggaraan lebuh raya yang sedang melakukan kerja pembersihan l0ngkang mengenai penemuan sebuah kereta dan satu tengk0rak manusia di cervnan tepi sebelah kiri lebuh raya pada 1.10 tengah hari.

TENGKORAK manusia dan kereta ditemui di kawasan cerun di sebelah kiri Lebuhraya Utara Selatan arah Yong Peng-Pagoh, hari ini. FOTO ihsan Polis

“Sias4tan awal mendapati kedudukan kereta berkenaan agak terl1ndung di sebalik sem4k yang bercervn dengan jarak lebih kurang 67 meter dari lebuh raya, manakala tengk0rak pula dijumpai berhampiran dengan kereta berkenaan.

“Kemal4ngan dipercayai berlaku apabila pemandu kereta itu hilang kawalan sebelum terbabas dan terjatuh di bawah cerunan berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan, malam ini.

Beliau berkata, kemal4ngan dipercayai berlaku pada Mei atau awal Jun tahun lalu.

Menurutnya, pemilik kereta Hyundai Sonata itu sudah dikenal pasti dan sudah dihubungi pihak polis serta sedang menunggu waris untuk sias4tan lanjut.

Image

“Kami sedang berusaha untuk mengenalpasti identiti mangsa melalui pemilik kenderaan yang dikenal pasti dan akan dipanggil bagi membantu sias4tan.

“Kami sedang menyiasat mengenai satu laporan polis orang hilang dibuat pada Jun tahun lalu yang mungkin ada kaitan dengan kemal4ngan berkenaan.

“Tengk0rak manusia itu kemudian dibawa ke Jabatan Patalogi Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru untuk sias4tan lanjut mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

Image

Sehubungan itu, Ismail menasihatkan semua pengguna jalan raya supaya lebih berhati-hati semasa memandu dan menunggang kenderaan.

Katanya, mereka perlu memaklumkan pergerakan kepada ahli keluarga terdekat supaya mudah dihubungi atau dikesan jika berlaku perkara tidak diingini.

 

Sumber: HMetro, Twitter, Facebook Info Roadblock JPJ/POLIS

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Coretan Ummi

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.