“Zan Ex ko Buat Hal Lagi”-Tak Pasal-Pasal Zizan Razak Terkena Tempias Emma Maembong.

Tular di media sosial sejak semalam apabila beberapa keping gambar pelakon Emma Maembong dan Syed Abdullah telah tersebar.

Emma yang juga bekas kekasih pelakon terkenal,Zizan Razak itu dirakam membuka tudungnya dan kelihatan mesra dengan jejaka kacak berkenaan.

Emma bagaimanapun tampil profesional dengan membuat permohonan maaf.

Lantas, netizen telah memberikan kata-kata semangat buat pelakon filem Polis Evo itu menerusi setiap ruangan komen Instagrammya.

Dalam pada itu,ada juga yang menyifatkan Zizan sebagai seorang yang bijak dan bernasib baik kerana tidak lagi bersama Emma

Terdahulu, Emma sebelum ini turut mempunyai hubungan dengan Kamal Adli, Alvin Chong.

Foto: IG Zizan Razak/media hiburan