(Video) Lepas rakaman bertaranum tular, video Zizi Kirana berselawat pula raih pujian

Hiburan Islamik Viral

Sejak semalam,video  Zizi Kirana atau nama sebenarnya Nur Fazelah Mad Tahil membaca al-Quran  telah tular dan mendapat respon yang positif daripada warganet.

Video yang dimuat naik ke aplikasi Tiktok itu membuatkan ramai yang terpesona kerana keindahan suara penyanyi yang sinonim dengan imej seksi sebelum ini.

https://www.tiktok.com/@kir4n4/video/6913996816790949121?lang=en

Bersama Johan Tilawah Al-Quran Farhatul Fairuzah

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Farhatul Fairuzah (@farhatulfairuzah)

Ajak orang raami juga berselawat

Menerusi muat naik itu, Farhatul dan Zizi Kirana sama-sama mendendangkan selawat nabi serta mengajak orang ramai untuk turut serta bersama mereka memuji junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.

Gabungan yang mantap

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan pelbagai komen positif kepada dendangan selawat yang sangat indah daripada Farhatul dan juga penyanyi lagu Eh ini.

Mereka juga berharap agar kedua-dua figura tersebut dapat menghasilkan duet bersama lagi kerana sangat menenangkan serta memberi contoh yang baik kepada masyarakat.

Masya Allah, sedapnya dengar

Dua2 insan hebat

Tak boleh move on betul dengan suara Zizi

 

Sumber: Farhatul Fairuzah, OMM

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Coretan Ummi

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.