Zul Ariffin Dah Kahwin? Foto Bercuti Dengan Wanita Ini Tersebar Lagi.

Hiburan

Ni cerita malam tadi… Miss K baru nak tarik selimut, sekali Miss K dapat WhatsApp dari seorang rakan Miss K.

Dia send beberapa keping foto screen shot yang diambil dari dua page yang sangat popular di laman Instagram.




Tak berkelip mata Miss K tengok foto yang kawan Miss K hantar tu… Foto mesra pelakon sado Zul Ariffin dengan seorang wanita Ukraine.

Ala, wanita Ukraine yang pernah dikaitkan dengan Zul tahun lalu… Kawan Miss K siap tanya lagi, Zul dah kahwin ke?
Hmm… Miss K pun confuse sebab hanya Zul yang ada jawapan. Miss K difahamkan, Zul kini sedang berada di Thailand, bercuti uols.

Mungkin wanita dalam foto terbabit kawan rapat Zul je kot. Tak percayalah Miss K, takkan Zul kahwin tak jemput media kan?
Miss K sempat usha Instagram wanita terbabit, nampak Zul follow akaun dia…


Apapun, Miss K doakan yang baik-baik je untuk Zul. Netizen kat luar sana, berhenti buat spekulasi. Apa kata kita tunggu je penjelasan Zul, okay?

Miss K: Tak sabar menantikan misteri apa yang menyelubungi Misteri Dilaila pada 22 Februari ni…

sumber : gempak.org