” 2 Hari Kena Hadap Beruk ” – Kisah Lucu Mamat Rider Di Sakat Beruk Tepi Jalan.

Hiburan Lawak & Seram Semasa

Beberapa hari yang lalu, seorang lelaki bernama Asri Nawawi telah berkongsikan satu video di laman sosial yang ternyata telah membuat ramai geli hati

Image from Facebook Asri Nawawi

Image via Facebook Asri Nawawi

Manakan tidak, video yang dikongsikan Asri itu adalah berkenaan ‘pertelingkahan’nya dengan seekor beruk yang dijumpai semasa dia sedang menunggang motosikal berkuasa tinggi melalui Gerik-Baling.

Dalam video berdurasi 3 minit yang dirakam oleh Asri itu, dia telah menceritakan keseluruhan kisahnya bergaduh dengan beruk tersebut.

Semuanya bermula ketika Asri sedang menikmati pemandangan indah di laluan Gerik-Baling secara solo.

Apabila tiba di puncak, dia telah berhenti seketika di bahu jalan untuk berehat sebelum diserang haiwan itu.

Image from Facebook Asri Nawawi