“Degil tak bertempat” – 28 Individu Ditahan & Dik0mpaun L4nggar PKPP, Pergi’Panjat’ Bukit Broga

Semasa Tempatan

Pada Jun lepas, Bukit Broga yang terletak di Semenyih, Selangor diarahkan tutup selepas dilap0rkan ‘sesak’ dengan kehadiran pengunjung yang mel4nggar SOP, 22 Jun lepas.

Disebabkan itu, Pengarah Jabatan Kesihatan Selangor mengeluarkan arahan penutupan Bukit Broga mengikut Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (No 7)2020.

Namun, masih ada kumpulan yang degil dan cuba untuk mendaki Bukit Broga. Melalui Facebook Info Roadblock JPJ/POLIS, 28 individu dilap0rkan telah dit4han dan diambil tindakan kerana mel4nggar arahan PKPP.

Team Pemantauan Ops Covid-19 IPD Kajang yang dibantu oleh anggota rondaan MPV telah melakukan pantauan pada 8 dan 9 Ogos serta mendapati kumpulan itu telah selesai melakukan aktiviti pendakian di Bukit Broga.

Sumber: Facebook


Sumber: Facebook

Meskipun terdapat tanda ‘SITA’ dan beberapa kon penghadang menandakan ianya ditutup namun kumpulan terbabit tidak menghiraukan hal itu dan selamba meneruskan pendakian.

Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Mohd Zain bin Hassan, sebaik saja ditahan, kesemua 28 individu terbabit telah dibawa ke Balai Polis Semenyih oleh Team Pemantau untuk tindakan selanjutnya. 2 daripada mereka ditangkap bawah Seksyen 269 Kanun Keseksaan / 22(b) APPPB 1988 manakala 26 lagi dik0mpaun atas kesal4han di bawah Seksyen 18 Peraturan 10/11 Akta Penceg4han dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.


Sumber: Facebook


Sumber: Facebook


Sumber: Facebook

IPD Kajang menasihatkan dan mengingatkan orang ramai supaya tidak mel4nggar arahan PKPP untuk melakukan aktiviti pendakian Bukti Broga buat masa ini kerana masih ditutup. Jika ada yang didapati mel4nggar arahan itu, pihak berkuasa akan ambil tindakan sepatutnya.

 

Sumber: Lobak Merah

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Coretan Ummi

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.