Yadim, PAS Kedah gesa ABPBH dib4talkan, ganti program sesuai

KUALA LUMPUR – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) menggesa penganjuran Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) yang dijadualkan diadakan pada 13 November ini dib4talkan dan diganti dengan rancangan yang lebih sesuai pada saat negara berusaha keras mengawal penularan C0vid-19.

Menurutnya, YADIM menerima banyak pandangan dan respons yang menggesa agar program berbentuk hiburan ketika ini tidak diutamakan pihak berkuasa.

Oleh itu, pemb4talan majlis anugerah itu melambangkan keteg4san kerajaan membendvng pevularan C0vid-19 dengan tidak membenarkan sebarang perhimpunan besar besaran.

Surat berhubung dib4talkan itu telah diserahkan kepada Pegawai Tugas Tugas Khas Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Mohamad Iqbal Mahashim oleh Pengarah Kanan di Pejabat Yang Dipertua Yadim, Mohd Zai Mustafa.

Wakil Yadim dan Ummah menyerahkan surat kepada Mohamad Iqbal Mahashim.

Turut sama ialah Penolong Setiausaha Gerakan Pembela Ummah (Ummah), Saifullah Baiduri dan Setiausaha Ummah Melaka merangkap Pegawai Khas Pengerusi Ummah Pusat, Samsul Bahrin Mohd Saad yang juga menghantar surat bant4han mereka.

Terdahulu pada hari yang sama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Datuk Dr Zulkifli Mohd Al Bakri telah mengunjungi Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Saifuddin Abdullah bagi berkongsi beberapa buah fikiran dan pandangan beliau berhubung penganjuran program hiburan yang tular kebelakangan ini.

Dr Zulkifli antara lain menjelaskan pendirian Islam yang tidak menolak sebarang bentuk hiburan yang tidak bertentangan dengan agama.

Hiburan yang tidak berlebihan, apatah lagi dalam kaedah psikoterapi yang menerapkan elemen agama, adalah satu bentuk pendekatan yang amat baik.

Nasruddin “mohon” acara ABPBH esok dib4talkan

Dalam pada itu, Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Nasruddin Hassan memberitahu pihaknya sedang mengusahakan agar Anugerah Bintang Paling Popular BH (ABPBH) Ke-33 esok dib4talkan.

Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat itu berkata, program hiburan itu sangat tidak wajar ketika umat Islam sedang resah dilanda pand3mik C0vid-19.

“Sayugianya kita banyakkan aktiviti yang boleh mendekatkan diri kepada Allah SWT.

“Beristighfar dan melakukan amal kebajikan, mudah-mudahan Allah SWT menyel4matkan kita, negara dan seluruh penghuninya dari wabak yang bahaya ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook rasminya malam tadi.

Bekas Ahli Parlimen Temerloh tersebut berkata, pihak YADIM telah menerima banyak aduan daripada umat Islam mengenai ketidakwajaran anugerah yang bakal menobatkan Bintang Paling Popular itu.

“Justeru, kami mohon ia dib4talkan dan diganti dengan program yang lebih bermanafaat dan tidak mengundang kemurkaan Allah swt.

“Bagi pihak YADIM beberapa usaha dalaman telah dilakukan supaya program ini dib4talkan. Mohon doakan dari semua,” katanya diakhiri dengan tanda pagar #b4talkanABP.

“Permohonan” Nasruddin agar acara itu dib4talkan menerima pelbagai reaksi termasuk sindiran daripada warganet.

Pihak menyokong pemb4talkan ABPBH menganggap langkah itu wajar dan adil memandangkan program ceramah agama dan Piala Malaysia juga dib4talkan kerana ancaman C0vid-19.

Namun, lebih banyak kecaman diterima antaranya menganggap “permohonan” pemimpin Pas itu berlaku hanya selepas menerima desakan.

Tidak kurang juga yang mengingatkan Nasruddin agar tidak sekadar bertemp1k di media sosial sahaja sebaliknya memanfaatkan kuasa sebagai kerajaan.

PAS gesa b4tal ‘Anugerah Bintang Popular’

Sementara itu, portal Harakah Daily melaporkan PAS Kedah menggesa program ‘Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH)’ yang bakal disiarkan secara langsung sebuah rangkaian televisyen pada malam 13 November ini dib4talkan.

Pesuruhjaya PAS negeri Senator Ahmad Yahaya berkata, pihak terbabit perlu peka keadaan rakyat yang masih berduka akibat kesempitan ekonomi dan ancaman wabak C0vid19 yang meningkat saban hari.

Katanya, kesulitan akibat ujian wabak yang diturunkan oleh Allah SWT hampir setahun tempohnya.

“Sepatutnya apa yang berlaku sekarang dijadikan iktibar agar manusia patuh kepada perintah amal makruf dan nahi munkar,” ujar beliau di sini.

Program hiburan itu difahamkan ditaja syarikat akhbar terkemuka di Malaysia yang diadakan setiap tahun.

 

Sumber: MalaysiaGazette, malaysiadateline, harakahdaily

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Coretan Ummi

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

 

Jangan Lupa Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf