“Acap.. Balik Cap.. Mak Kat Sini ” – Rintihan Seorang Ibu Memanggil Ashraf, Masuk Hari Ke-10 Masih Belum Di Temui.

Hiburan

Esok, masuk hari kesepuluh kehilangan Mohamad Ashraf atau dikenali sebagai Acap. Peserta acara larian denai Gopeng Ultra yang bermula di Gua Tempurung, Gopeng, Perak itu gagal dikesan setelah tidak sampai ke garisan penamat pada waktu yang ditetapkan. Pelbagai usaha telah dijalankan namun sehingga kini semuanya menemui jalan buntu.

Image may contain: one or more people, people standing, night and outdoor

Terbaru, pada malam ini usaha pencarian yang disertai oleh ahli keluarga mangsa masih dijalankan. Menerusi video yang dimuat naik oleh abang kandung mangsa sebentar tadi, sayu hati kami apabila mendengar rintihan seorang ibu yang mengharapkan kepulangan anaknya.

Image may contain: plant, shoes, outdoor, water and nature

(gambar ayah acap yang menanti kepulangan anaknya)

‘Jalan ke sini Acap, sikit lagi Acap,’ demikian kata-kata ibunya. Moga dengan kuasa Allah,  Acap dapat menemui jalan pulang walau di mana dia berada. Ayuh Malaysia kita berdoa.

Nampak mak tak Acap? Jalan ke sini Acap..

Posted by Denny Lang on Ahad, 31 Mac 2019

Sikit lagi Acap, sini Acap.. balik Acap..

Posted by Denny Lang on Ahad, 31 Mac 2019

Acap bukan kat sana, kat sini Acap..

Posted by Denny Lang on Ahad, 31 Mac 2019

Sumber : Denny Lang / siakap keli