“Ada Perkara Yang Tak Patut Dikongsi Di Media Sosial” – Tidak Sengaja, Nelydia Senrose Maafkan Rakan

Hiburan

Pelakon cantik Nelydia Senrose menjelaskan dia tidak tahu menahu mengenai kejutan barchelorette party yang telah dianjurkan baru-baru ini.

Kata Nelydia yang ditemu bual oleh program MeleTOP semalam, sepatutnya perkara terbabit tidak dikongsi kepada umum kerana ia merupakan ‘private event’.

“Saya sebenarnya tidak tahu menahu tentang kejutan itu.

“Saya tahu sepatutnya perkara itu tidak dikongsi kepada umum kerana ia ‘private event’.

“Apabila saya berada di sana, banyak benda yang mereka lakukan dengan korbankan masa, serta usaha untuk membuat kejutan.

“Saya hargai apa yang mereka telah lakukan tetapi ada perkara tidak perlu dikongsi di media sosial.

“Kami sesama perempuan sahaja. Saya maafkan kerana ia tidak disengajakan,” katanya.

Sebelum ini kecoh mengenai manisan berbentuk alat sulit lelaki serta payudara wanita yang dimuat naik di Instagram Stories ketika barchelorette party Nelydia.

Nelydia atau nama sebenarnya Nik Zaris Nelydia Nik Sen, 24 mengakui bakal menamatkan zaman bujangnya dengan kekasihnya, Hafez, dalam masa terdekat namun masih belum berkongsi tarikh majlis hari bahagianya itu.

Kini, wajah cantik Nelydia menghiasi slot Megadrama menerusi drama bersiri Encik Imam Ekspress yang disiarkan setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di Astro Ria dan Ria HD.

sumber : IG meletop / Astro Gempak