“Ada suara memanggil..”- Gadis Hilang Di Temui Lemah, Seminggu Bergayut Pada Akar Pokok.

Semasa Tempatan

Seminggu lagi umat Islam bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri namun bagi Nasarah Muhammad, lebaran tidak bererti tanpa anak tunggalnya yang dilaporkan hilang sejak Rabu lalu.

Anak perempuan Nasarah, Hanis Syamimi Yusuff, 20, dikatakan keluar dari rumahnya di Kampung Guntong di sini pada hari itu dan tidak pulang ke rumah.

Menurut ibu berusia 56 tahun itu, anaknya yang juga pelajar Politeknik Arau, Perlis keluar dari rumah dengan menunggang motosikal jenis SYM berwarna hitam dan merah pada jam 7 pagi.

“Saya ingatkan dia keluar dari rumah untuk mengambil angin tetapi rupanya dia tidak pulang,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurut Nasarah, beliau buntu memikirkan nasib anaknya itu kerana sudah mencari di semua lokasi di kampung berkenaan.

“Baliklah Hanis…ma rindu,” katanya.

Bimbang dengan keselamatan anaknya, Nasarah membuat laporan polis kelmarin di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Puteh dan merayu mereka yang menemui anaknya dapat menghubunginya ditalian 017-944 3181 atau 014-518 7145 atau pergi ke balai polis berhampiran.

Katanya, Hanis keluar rumah dengan memakai tudung berwarna hitam, seluar jeans biru dan baju sejuk warna kelabu dan mengalami kemurungan sejak pulang dari Politeknik Arau.

Ditemui lemah, bergayut pada akar pokok

PASIR PUTEH – Seorang gadis hi1lang sejak Rabu lalu selamat ditemukan kira-kira 55km dari rumahnya di Kampung Guntong dalam keadaan bergayut pada akar pokok berhampiran tebing sungai di Felcra Kruak, Jertih, Terengganu tengah hari semalam.

Hanis Syamimi Yusuff, 20, ditemui dalam keadaan keadaan l3mah, kelaparan dan kesejukan kerana berada di dalam sungai selepas hampir seminggu hi1lang.

Sepupu mngsa, Mohd Hafiz Zahari, 35, berkata, ibu Hanis, Nasarah Muhammad, 56, ialah insan paling gembira mendapat perkhabaran anak tunggalnya selamat ditemukan pada jam 3 petang itu.

Ada Suara Memangil

“Saya ada bertanya Hanis macam mana dia boleh sampai sejauh ini dengan motosikal. Dia beritahu apa yang berlaku itu di luar kawalannya selepas terdengar satu suara memanggil-manggil namanya.

“Selepas tersedar, dia terkejut apabila mendapati dirinya sudah berada di dalam sungai,” katanya ketika di hubungi Sinar Harian di sini hari ini.

Hanis dalam keadaan kelaparan serta badan l3mah dan kesejukan kerana berada di dalam sungai selepas hampir seminggu h1ilang.
Menurutnya, tangki minyak motosikal milik Hanis juga penuh sedangkan sepupunya itu langsung tidak memiliki wang ketika keluar dari rumah.

“Hanis dibawa ke Hospital Jertih untuk pemeriksaan lanjut sebelum dibawa pulang ke rumah. Saya bersyukur pada ALLAH Hanis ditemukan dalam keadaan selamat,” katanya.

Terdahulu, Mohd Hafiz memberitahu, dia bergegas ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Puteh untuk mendapatkan bantuan selepas membaca entri di laman sosial Facebook Anak-Anak Jertih berhubung penemuan motosikal ditunggang Hanis.

Hanis berjaya dijejaki selepas Mohd Hafiz membaca entri di laman sosial Facebook Anak-Anak Jertih berhubung penemuan motosikal yang ditunggang Hanis.
“Anggota di IPD Pasir Puteh berhubung dengan Balai Polis Pasir Akar, Jertih untuk bantuan. Saya kemudian bergerak ke lokasi motosikal untuk menjejak kedudukan Hanis.

“Saya dan beberapa pekerja ladang serta pihak berkuasa terlibat dalam gerakan mencari dan mengesan kedudukan Hanis terpaksa meredah kawasan berbukit dan ladang kelapa sawit sebelum jumpa dia.

“Terima kasih kepada polis dan pekerja ladang yang sanggup membantu dan turun ke dalam sungai untuk menyelamatkan Hanis,” katanya.

Sinar Harian 16 Mei lalu melaporkan, seorang gadis dari Kampung Guntong di sini dikhuatiri hilang selepas keluar dari rumah dengan menunggang sebuah motosikal secara berseorangan.

sumber : sinar harian