Adam Anak Yang Cukup Baik, Permintaan Di Kuburkan Sebelah Arwah Bapa Saudara Di Tunaikan Keluarga.

Semasa

Image may contain: one or more people, people standing and outdoor

Chef selebriti, Adam Mahamed Ismail, 29, atau Adamdidam yang meninggal dunia awal pagi tadi akibat jangkitan paru-paru disifatkan sebagai seorang anak yang sangat baik oleh keluarga.

Bapanya, Mahamed Ismail Mohamed Yusoff, 66, berkata, arwah yang merupakan anak bongsu daripada lima beradik itu cukup disenangi oleh seluruh ahli keluarga disebabkan oleh sikap baiknya.

“Walaupun agak sedih dengan pemergian Adam, namun seluruh ahli keluarga reda dengan ketentuan Ilahi.

“Adam mulai sakit teruk sejak sebulan lalu,” katanya.

Menurutnya, jenazah Adam selamat dikebumikan pada jam 11.05 pagi di Tanah Perkuburan Islam Lemal.

Terdahulu, jenazah disembahyangkan di Masjid Telipot, Kota Bharu.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada jam 4 pagi di rumahnya di Telipot.

 

Image may contain: 4 people, people smiling, child

Adam merupakan bapa saudara kepada kanak-kanak yang fasih menggunakan loghat Kelantan biarpun tinggal di luar negara iaitu Fatimah Omar Mukhlis serta bapa sepupu kepada selebriti terkenal tanah air Neelofa.

 

Image may contain: 3 people, people sitting

Sepupu Arwah Natasha Amran berkongsi foto pengebumian Chef Adam..

chef adam meninggal dunia, minta kebumi sebelah pusara ayah

sumber : sinar harian / natasha amran