“Adam tu anak angkat saya tapi tak payahlah DM atau komen..”Misha Kecewa baca komen Peminat.

Hiburan

Penyanyi Misha Omar meluahkan rasa kecewa setiap kali membaca komen dan mesej berkaitan dengan anak sulungnya, Muhammad Adam Emir.
 
Menerusi entri di Insta Story miliknya, Misha memberitahu dia tidak gemar istilah ‘anak angkat’ ditujukan kepada Adam.
 
“Sepanjang kita bekerja sebagai penyanyi ni kita rasa kita cukup berterus-terang orangnya.
 
“Semua peristiwa penting dalam hidup kita, kita kongsi dengan awak.
 
“Yes, Adam tu anak angkat saya tapi tak payahlah DM atau komen macam, anak awak masik kecil ni anak angkat awak kan?
 
“ANAK ANGKAT PUN ANAK SAYA, wak… kita sedar dan sedia maklum istilah itu but kita pilih untuk tak pakai sangat sebab tak suka perkataan itu jadi sempadan untuk kita dan anak kita.
 
“Anak kita ada hati dan perasaan… Dia pun suka baca komen-komen aunty dan uncle-uncle kawan insta mak dia, sekian…” luahnya.


 
Dalam perkembangan lain, Adam bakal memulakan alam persekolahannya di tingkatan satu.
 
Foto: Instagram @mishaomar/gempak