“ADIK, pergilah dengan tenang.”

Semasa Tempatan

“ADIK, pergilah dengan tenang.” Itu kata-kata Kamarulain Khosim, 30, ketika memangku anak tersayang yang tenat selepas bertarung dengan b4rah 0tak tahap empat.

Anaknya, Nor Atikah Mohd Anuar yang berusia tujuh bulan disahkan menghidap b4rah 0tak dikenali ‘Embryonal Tumour with Multiple Rosettes’ (ETMR) pada 7 November lalu.

Anak bongsu daripada empat beradik itu mninggal dunia pada 22 Januari lalu, jam 3.46 petang ketika dalam perjalanan dari rumahnya di Bandar Sri Damansara ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Selepas Nor Atikah mninggal, setiap hari Kamarulain mengunjungi pusara anaknya bagi melepaskan kerinduan.

Kamarulain berkata, dia reda untuk ‘melepaskan’ Nor Atikah apabila sudah tidak sanggup lagi melihat penderitaan bayi berkenaan.

“Bayangkan, di usianya masih kecil sudah menjalani empat pembedahan besar, menjalani rawatan kemoterapi intensif selama 24 jam tanpa henti selama empat hari berturut-turut yang mungkin orang dewasa pun tidak dapat tahan.

“Sebelum dia mninggal atas pangkuan saya, saya bisik ke telinga adik untuk ‘pergi’ dengan tenang dan saya sudah halalkan susu saya, selepas tarikan nafas ketiga, adik menghembuskan nafas dan pergi buat selama-lamanya,” katanya.

Katanya, kerinduan terhadap anak tidak dapat dibendung apabila setiap hari, pada jam 8 pagi, dia akan mengunjungi pusara di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara untuk melepaskan kerinduan.

Lawat pusara setiap hari..

“Walaupun reda dengan pemergian adik, namun kerinduan terhadapnya tidak dapat ditahan menyebabkan saya mengunjungi pusaranya setiap hari,” katanya.

Menceritakan saat akhir anaknya itu, pada jam 3 petang, 22 Januari lalu, dia dapat merasakan kelainan anaknya itu.

“Sebelum itu, adik tidak mahu diganggu dan disentuh. Saya mahu angkat dia untuk mandi pun dia akan menangis menyebabkan saya hanya lap badannya.

“Bagaimanapun, pada hari itu, ibu mentua meminta saya meriba adik yang mungkin mahu mninggal atas pangkuan saya.

“Ketika berada di riba, bahunya sudah jatuh dan terkulai sebelum bergegas membawanya ke hospital. Saya tahu adik sudah mahu pergi mninggalkan saya, saya bisik di telinganya supaya adik pergi dengan tenang,” katanya.

Katanya, anaknya itu disahkan menghidap b4rah 0tak ketika berusia tiga bulan apabila muntah tanpa henti.

“Selepas tiga minggu, doktor mengesahkan adik menghidap b4rah 0tak dan dirujuk ke Hospital Tunku Azizah serta menjalani empat pembedahan besar.

“Selepas beberapa bulan dirawat, doktor menasihatkan untuk membawa pulang adik ke rumah.

“Doktor juga memberitahu mungkin adik akan mninggal dalam tidur dan saya perlu sentiasa berada di sisinya. Apa pun saya bersedia dengan sebarang kemungkinan kerana adik sudah lama menderita,” katanya.

Menurutnya, dia akan menyimpan dan tidak akan mencuci baju terakhir anaknya itu yang dipakai sebelum mninggal dunia.

“Ibu sayang adik dan semoga adik tarik ibu dan abah masuk syurga sekali,” katanya.

 

Kredit: Harian Metro

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!