“Manjakan isteri dulu,”- Ajar Wawa mengaji al-Quran, Aeril Zafril perli siapa tu?

Sebelum ini, Aeril Zafrel memuat naik tangkapan skrin di laman Instagram mengenai komen seorang individu mengatakan aktor itu terlalu memanjakan isterinya yang juga aktres Wawa Zainal.

Bagi netizen, perkara itu tidak perlu dipersoalkan kerana setiap pasangan suami isteri ada cara tersendiri dalam menjalani kehidupan rumah tangga.

Tak boleh manjakan isteri, hanya jadi peIindung je?

Terbaru, Aeril atau nama sebenarnya Suhairil Sunari berkongsi satu reels cara ‘memanjakan’ isterinya dengan mengajar Wawa mengaji al-Quran di kediaman mereka.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AERIL ZAFREL (@aeril_zafrel)

“Manjakan isteri dulu,” tulisnya ringkas seolah-olah meny1ndir individu tersebut.

Video berdurasi 10 saat tersebut memaparkan pelakon drama Tercipta Satu Ikatan itu memegang kitab suci al-Quran sambil mendengar bacaan khusyuk dialukan oleh isterinya.

Meninjau ke ruangan komen, warganet memuji tindakan Aeril yang berusaha mendidik isteri bagi mendalami ilmu agama sekali gus dapat membawa keluarganya ke syurga.

Malah, ada juga warganet menyifatkan aktor berusia 33 tahun itu sebagai suami contoh selain mendoakan hubungan pasangan tersebut kekal bahagia hingga ke syurga.

Cara manja yang terbaik!

Idola ni

Manja ni membawa ke syurga…

 

Aeril dan Wawa mendirikan rumah tangga pada 2013 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Fakhruddin Attar, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa dan Aya Soffya.

 

Sumber: Instagram Aeril Zafrel, OMM

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Coretan Ummi

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.