TERKINI: Selepas Agong Berpendapat Tiada Keperluan Isytihar Darurat, PM Keluarkn Arahan Ini

KUALA LUMPUR, 25 Okt – Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berpendapat tiada keperluan untuk meng1sytiharkan darurat di negara ini atau mana-mana bahagian negara buat masa ini.

“Seri Paduka Baginda amat mempercayai keupayaan Kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri untuk terus melaksanakan dasar dan tindakan penguatkuasaan bagi membendung gejala wabak Covid-19 ini dari terus merebak.

“Al-Sultan Abdullah berpendapat tiada keperluan buat masa ini untuk Seri Paduka Baginda mengisytiharkan darurat di negara ini atau mana-mana bahagian negara Malaysia,” ujar Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamuddin kenyataan Istana Negara pada Ahad petang.

“Kendatipun begitu, Seri Paduka Baginda ingin mengingatkan ahli-ahli politik untuk memberhentikan segera segala politicking yang boleh menganggu kestabilan pemerintahan negara.

“Al-Sultan turut berpendapat bahawa tiada perlunya Ahli-ahli Parlimen meneruskan tindakan tidak bertanggungjawab yang boleh menganggu-gugat kerajaan sedia ada,” katanya dalam perutusan rasmi Istana Negara hari ini.

Dalam pada itu, Seri Paduka Baginda menegaskan bahawa Belanjawan Negara 2021 yang akan dibentangkan dalam parlimen adalah amat penting kepada rakyat dalam menangani w4bak C0VID-19.

“Justeru, peruntukan kewangan amat diperlukan oleh petugas barisan hadapan bagi melancarkan tugas dan tanggungjawab mereka.

“Sesungguuhnya, Al-Sultan Abdullah amat prihatin terhadap kegelisahan seluruh rakyat ekoran daripada kenaikan mendadak beberapa kluster baharu dan kes positif harian C0VID-19 di negara ini.

“Al-Sultan Abdullah menzahirkan keyakinan bahawa dengan semangat perpaduan dan jvang yang tinggi seperti yang telah dipamerkan bersama, kita mampu sekali lagi berganding bahu memerangi gelombang ketiga penul4ran w4bak ini,” tambah perutusan itu lagi.

 

PM panggil semua MB dan KM ke Putrajaya esok – Laporan

PM panggil semua MB dan KM ke Putrajaya esok - Laporan Notis panggilan mesyuarat itu dikeluarkan selepas Raja-Raja Melayu selesai mengadakan pertemuan khas di Istana Negara, petang Ahad.- Gambar hiasan

SEMENTARA itu, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memanggil semua Menteri Besar dan Ketua Menteri ke Putrajaya untuk satu mensyuarat tergempar pada Isnin, lapor The Malaysian Insight.

Laporan TMI itu menyebut notis panggilan mesyuarat itu dikeluarkan selepas Raja-Raja Melayu selesai mengadakan pertemuan khas di Istana Negara, petang Ahad.

Sidang khas Raja-Raja Melayu diadakan selepas Muhyiddin menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, pada Jumaat.

“Ya, ada mesyuarat esok antara Perdana Menteri dan semua Menteri Besar dan Ketua Menteri,” kata laporan yang memetik sumber itu.

Sumber bagaimanapun menjelaskan, agenda mesyuarat berkenaan tidak didedahkan.

 

Sumber: Istana Negara, BERNAMA, Siakap Keli, Awani

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Coretan Ummi

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan Lupa Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf