Lama Berdiam Diri, Akhirnya Aidil Zafuan Jawab Tvduhan Tak Beri Nafkah Anak, Isu ‘Claim’ LHDN

Umum sedia maklum, hubungan rumah tangga pemain bola sepak negara iaitu Aidil Zafuan bersama pelakon Rita Rudaini telah berakhir pada tahun 2014. Pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Airit Rayya Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna.

Kemudian, Aidil Zafuan mengambil keputusan untuk berkahwin bersama Zarema Zainal pada tahun yang sama dicer4i dengan aktres itu.

Malah, sebelum ini juga Rita Rudaini pernah did4kwa mempertahankan haknya sebagai seorang ibu untuk menuntut nafkah kepada Aidil Zafuan di mahkamah. Cerita ini tidak kesudahan apabila ada ‘mulut-mulut’ yang mend4kwa Aidil Zafuan tidak beri nafkah kepada anak-anaknya.

Did4kwa tidak beri nafkah cukup

 

Aidil Zafuan mengeluarkan satu kenyataan menegur mulut sesetengah pihak yang mend4kwa dirinya tidak memberikan nafkah secukupnya kepada anak-anak. Kenyataan tersebut telah dimuat naiknya menerusi entri di IG Story.

Aidil menjelaskan bahawa dia selama ini telah memberikan nafkah secukupnya kepada anak-anak setiap bulan tanpa gagal seperti mana yang ditetapkan oleh pihak mahkamah.

Malah, dia juga mempunyai bukti pembayaran wang yang telah dipindahkan ke akaun yang seharusnya. Tambahnya lagi, seharusnya ‘pihak sebelah sana’ sudah maklum terima nafkah tersebut.

Selama ini saya berdiam

 

Aidil did4kwa mengeluarkan kenyataan sebegini adalah kerana ada segelintir pihak melemparkan tvduhan dengan mengatakan dia tidak memberi nafkah. Dia juga berharap agar ‘pihak sebelah sana’ tidak mengheb4hkan perkara sebenar sehingga menimbulkan keraguan orang ramai mengenai tanggungjawabnya sebagai seorang ayah.

Tidak beragak ambil t1ndakan

 

Tambah Aidil lagi, dia selama ini tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan adalah bersebab. Dia tidak mahu masalah yang dihadapi ini memberi kesan di media sosial dan anak-anak yang sedang membesar.

Bukan itu sahaja, dia tidak akan teragak-agak untuk mengambil sebarang tindakan terhadap individu yang mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah tanpa bukti asas.

“Mummy ni macam nak terber4k cari duit“- Jangan nanti bila dah berjaya ada pula orang kata dia punya jasa”

Terdahulu, Rita atau nama sebenar Rita Rudaini Mokhtar berkata dia bekerja keras bagi memastikan dua anaknya iaitu Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna menerima pendidikan terbaik agar menjadi insan berjaya kelak.

“Panjangnya bil buku sekolah! Happy depa (mereka) tengok buku sekolah tahun ni… duit mummy boleh cari, yang penting belajar rajin-rajin.

“Tak minta balas jasa cuma nak hangpa (anak-anak) senang bila dah besar nanti, boleh bantu orang yang memerlukan.

Rita buat persiapan persekolahan anak-anak.

“Bila sudah berjaya nanti, mummy tak kerja boleh bela (jaga) mummy pula, jangan nanti bila dah berjaya ada pula orang tu kata dia punya jasa, orang ni kata dia punya jasa!” katanya.

Rita memuat naik rakaman video menyediakan barangan persekolahan anaknya menerusi laman Instagram pada Sabtu.

Keluar pagi balik malam, kadang-kadang keluar tak balik-balik cari duit nak bagi Rayyan dengan adik sekolah!

RITA RUDAINI

PELAKON

Dalam video itu, Rita menunjukkan buku-buku sekolah yang baru dibeli bersama resit harga barangan tersebut.

Dalam pada itu, Rita turut berpesan kepada dua anak lelakinya itu supaya belajar bersungguh-sungguh dan melihat sendiri kesusahannya mencari rezeki membesarkan mereka.

Rita kerja keras demi anak-anak.

“Mummy ni macam nak terber4k cari duit… belajar rajin-rajin! Kasihan mummy cari duit.

“Keluar pagi balik malam, kadang-kadang keluar tak balik-balik cari duit nak bagi Rayyan dengan adik sekolah, ” ujarnya.

Tak dapat claim LHDN sebab bekas suami dah claim awal

Menerusi ruangan komen, perk0ngsian Rita tersebut telah meraih perhatian peminat-peminat dan rakan artis yang meninggalkan komen.

Antaranya ialah pelakon, Lufya yang bertanyakan kepada Rita samada beliau membuat ‘claim’ semula terhadap semua perbelanjaan itu dengan kerajaan.

“Pengsan tengok bill nyaa sis cuba claim kerajaan tak??” tulis Lufya.

Pertanyaan Lufya telah dibalas oleh Rita. Namun menariknya, Rita memberikan jawapan dengan mengaitkan bekas suami. Ini apabila mengatakan bekas suaminya telah membuat ‘claim’ dengan menggunakan nama anak-anak yang kini dijaga sepenuhnya Rita.

 

Umum mengetahui Rita berkahwin dengan pemain bola Aidil Zafuan pada 2008. Namun berc3rai pada September 2013. Pasangan itu dikurniakan dua anak lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin, 11, dan Airit Qaqa Arjuna, 9, yang kini di bawah jagaan Rita.

Respon balas Rita turut meraih perhatian warganet yang turun meninggalkan komen. Rata-rata terkejut dengan respon Rita kerana tidak menyangka dengan tndakan bekas suaminya itu.

 

Sumber: Aidil Zafuan, Ohbulan, mStar

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Coretan Ummi

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan Lupa Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf