Selepas 2 bulan, Aiman & Zahirah perkenalkan Isaac Raees.. Comelnya dia!

SELEPAS dua bulan melah1rkan cahaya mata sulungnya, pelakon Zahirah Macwilson buat pertama kalinya berk0ngsi wajah permata hatinya itu kepada umum.

Selain memuat naik foto, Zahirah, 26, menerusi Instagramnya sebentar tadi, turut mengumumkan nama bayi lelaki, hasil perk0ngsian hidupnya bersama suami, Aiman Hakim Ridza.

“Our baby is 2 months old today! We love you Isaac Raees.

“May you grow up healthy, strong and always kind my lil dimples. So proud to call you ours,” ujarnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zahirah Macwilson (@zahirahmacwilson)

Serentak dengan itu juga, Aiman, 32, dan Zahirah turut membuka akaun Instagram anak sulung mereka, @Isaacraees dan setakat ini ia telah mengumpul lebih 6,000 pengikut.

Menerusi laporan mStar sebelum ini, Aiman mengumumkan Zahirah sel4mat melah1rkan anak sulung mereka di Perth, Australia pada 5 Januari lalu.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 20 Februari tahun lalu di sebuah premis acara di Damansara Perdana, Selangor.

Zahirah dan suami kini berada Perth, Australia bersama keluarga mereka selepas melah1rkan cahaya mata pada 5 Januari lalu. Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020.

Zahirah MacWilson, Aiman t1mang anak lelaki, teruja lalui pengalaman di bilik bersal1n – “Ini hadiah terbaik yang pernah kami terima”

Terdahulu, selepas hampir setahun berumah tangga, pasangan selebriti popular Zahirah MacWilson dan Aiman Hakim Ridza kini menimang anak sulung mereka.

Berita gembira itu dik0ngsikan Zahirah dan Aiman menerusi Instagram mereka pada Jumaat dengan memaklumkan dia sudah sel4mat melah1rkan bayi lelaki dan kini berada dalam keadaan baik.

“Ini adalah hadiah terbaik yang pernah kami terima.

“Alhamdulillah pada 5 Januari 2021, anak sulung kami, bayi lelaki sel4mat dilah1rkan pada pukul 2.26 petang.

“Kami sangat teruja melalui pengalaman dalam bilik bersal1n sekali gus bergelar ibu dan bapa.

“Perjalanan ini merupakan antara nikmat yang paling bermakna dan kami sangat teruja untuk melalui setiap momen-momen istimewa bersama si kecil, syukur Alhamdulillah,” kata pasangan itu

Aiman dan Zahirah bagaimanapun masih belum mended4hkan nama serta berk0ngsi gambar penuh putera sulung mereka buat tatapan umum.

Pada 23 Oktober lalu, Zahirah mengambil keputusan untuk balik ke kampung halamannya di Perth, bagi melah1rkan cahaya mata pertama di sisi ibu dan adik-beradiknya yang menetap di sana.

 

Sumber: Sinar Harian Plus, mStar

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Coretan Ummi

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

 

Jangan Lupa Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf