Sebulan tertvnda, akhirnya AJL35 bersiaran langsung pada tarikh ini.. Nantikan!

ANUGERAH Juara Lagu ke-35 (AJL35) yang ditvnda bulan lalu kerana pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kini dijadualkan bersiaran pada 14 Mac depan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad & Primeworks Studios, Datuk Khairul Anwar Salleh, program nyanyian itu diteruskan selepas mendapat kebenaran Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Khairul Anwar bagaimanapun berkata, mereka masih lagi tertakluk dengan sebarang perubahan yang mungkin akan diumumkan kerajaan kelak.

“Kami telah bersedia untuk menganjurkan AJL35 dalam norma baharu. Penul4ran C0vid-19 ini membuatkan kami lebih menitik beratkan kesihatan kakitangan, artis-artis serta mereka yang terlibat menjayakan produksi ini.

Shiha menggantikan Datuk Seri Siti Nurhaliza di pentas AJL35 menerusi lagu 7 Nasihat.

“Dalam situasi penularan p4ndemik ini, kami akan memanfaatkan kebenaran serta kel0nggaran yang diberikan oleh MKN yang telah berkuatkuasa bermula 8 Januari lalu.

Bila mendengar keputusan tersebut, perancangan teliti dibuat untuk memastikan kelancaran acara tahunan berprestij ini dan merancang untuk menganjurkan AJL35 pada 14 Mac 2021.

“Namun tarikh tersebut bukanlah tarikh mukt4mad kerana kami perlu akur dengan sebarang ketetapan yang bakal diumumkan oleh pihak MKN dari semasa ke semasa berkaitan tempoh PKP,” katanya.

Nabila Razali dan Hael Husaini berentap di pentas AJL35.

Sebelum itu AJL35 ditvnda..

KHAIRUL ANWAR SALLEH​

Terdahulu, Anugerah Juara Lagu 35 (AJL35) yang sepatutnya berlangsung pada 7 Februari lalu di Auditorium MBSA, Shah Alam, ditvnda bagi mematuhi Perintah Kaw4lan Pergerakan (PKP) yang diumumkan.

Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima dan Primeworks Studios, Datuk Khairul Anwar Salleh​ berkata, pelaksanaan PKP pastinya mengekang persiapan menjelang AJL35.

“Ketika sidang media AJL35, saya dan penerbit eksekutif, Nurhul Huda berharap PKP tidak dilaksanakan supaya acara itu boleh berlangsung seperti dijadualkan.

“Namun, Perdana Menteri mengumumkan PKP akan dilaksanakan bermula esok hingga 26 Januari lalu. Tempoh 14 hari PKP ini akan mengek4ng tugas-tugas persediaan AJL35, terutama kerja-kerja pembinaan pentas dan set lain.

“Ini kerana kerja-kerja pembinaan itu memerlukan tenaga kerja yang ramai. Oleh itu, untuk kebaikan semua pihak kami memvtuskan menunda AJL35 ke tarikh yang akan diberitahu kelak, sebaiknya selepas tempoh PKP dit4matkan secara rasmi,” katanya.

Khairul juga berharap semua pihak yang terkes4n dengan penvndaan itu faham dengan keputusan terbabit demi kebaikan bersama.

“Kami mem0hon maaf kepada semua pihak yang terbabit, mahupun secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan AJL35 ini. Kami berharap juga semua rakyat akan patuh PKP demi kebaikan dan kesel4matan kita semua,” katanya.

Terdahulu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pelaksanaan PKP.

Anugerah berprestij itu akan dihoskan oleh trio pengacara iaitu Awal Ashaari, Sherry Alhadad dan Haziq Hussni.

Sebanyak 12 lagu akan bertanding iaitu Semalam nyanyian Aina Abdul, 7 Nasihat (Shiha Zikir, Kmy Kmo, Luca Sickta), Belenggu Rindu (Wany Hasrita, Datuk Jamal Abdillah), Peluang Kedua (Nabila Razali), Hati (Hael Husaini), Hvtang (Floor 88), Gila (Kaka Azraff, Noki, Loca B), Eh (Zizi Kirana), Kau Sak1ti (Amir Masdi), Jangan Khianati Aku (Azlan & The Typewriter), Gundah (Ernie Zakri) dan Aku Bidadari Syurgamu (Aishah).

 

Sumber: mStar, HMetro

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Coretan Ummi

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.