“Alhamdulillah, Baby Girl Ainul You’ re Strong”- Terkini Ainul Mardhiah Telah Selamat Di Bedah.

Terkini  bayi perempuan menghidap kanser mulut Germ Cell Tumor, Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin,selamat di bedah di London . Baby Ainul telah di masukkan ke dewan bedah tepat pukul 4 petang tadi waktu Malaysia pukul 9 pagi waktu London semalam

Maklumat di perolehi dari laman IG Dr Amalina dan juga ibunya Nurul Erwani .

“Alhamdulillah semua dipermudahkan, Ainul stabil, cepat sihat ya Ainul nanti kita boleh balik Malaysia jumpa kawan-kawan.

“Pertolongan Allah sentiasa ada, teruskan pergantungan pada Allah Ainul, anak mama paling kuat,” luahnya di Instagram.

Nurul Erwani turut mengucap terima kasih kepada kumpulan doktor yang berusaha merawat Ainul Mardhiah.

 

Image may contain: text

Bapa Ainul , Ahmad Safiudin turut memuat naik status terkini 9 jam lalu..

Bapa saudara Ainul Mardhiah yang dikenali sebagai Khairul Izwan melalui ruangan komen di Facebook, turut melahirkan rasa syukur dengan keadaan anak saudaranya itu.

“Alhamdulillah Ainul sudah selamat buat pembedahan, kini Ainul di unit PICU untuk pantau keadaannnya, teruskan mendoakan Ainul,” katanya.

Sebelum ini doktor pakar yang akan membuat pembedahan memaklumkan pembedahan baby Ainul sangat berisiko tinggi dan sebelum pembedahan, pelbagai faktor perlu mereka teliti kerana terlalu berisiko kepada bayi istimewa itu.

Namun kuasa tuhan dan doa orang ramai mengatasi segalanya . Isyaallah kami menunggu kepulangan Baby Ainul . TQ london TQ Malaysia

 

Image may contain: 2 people, people smiling, people sitting

sumber : IG Dr Amalina / Nurul Erwani

 

 

error: Content is protected !!