“Alhamdulillah semua di permudahkan tadi”- Status Terbaru Bella Tidak Lagi Bersama Alif, Bercerai Talak Satu.

Hiburan

Bukan sahaja dua kali malah berkali-kali berlaku curang dibelakang isteri sehingga mendapat perhatian warga media sosial, akhirnya rumah tangga penyanyi Aliff Aziz dan Bella Astillah telah berakhir apabila telah sah bercerai.

Bercerai talak satu

Bella mengemaskini status terbaru bertudung hitam dengan caption :

Alhamdulillah semua di permudahkan tadi. Mungkin sampai sini sahaja jodoh saya dan Aliff. Semoga selepas ini saya dapat menjadi ibu yang baik buat Ayden. Dan terima kasih yang tak putus2 mendoakan saya dan keluarga. Apa yang terjadi adalah takdir Allah s.w.t dan Bella redha. 
Allah s.w.t knows best

 


KEMELUT rumah tangga penyanyi Aliff Aziz dan Bella Astillah akhirnya bernokhtah apabila pasangan itu sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, hari ini.

Rumah tangga pasangan berkenaan mengalami masalah apabila satu persatu kecurangan Aliff didedahkan.

Belum reda kisah Aliff curang bersama seorang gadis dikenali sebagai Nismel, tular pula di Internet gambar penyanyi Singapura itu bercium dengan seorang wanita lain pula, hari ini.

Gambar terbabit memaparkan Aliff dan wanita yang juga model itu memakai baju sedondon berwarna merah dalam aksi cukup mesra yang dipercayai diambil di sebuah pusat hiburan.

Bagaimanapun, wanita terbabit yang dikenali sebagai Meri Meifina tampil menerusi siaran langsung di Facebook hari ini dan mendakwa ia adalah gambar lama.

Sumber: Harian Metro