Sentuhan Magis Kaki Aliah, DiIahirkan Tanpa Tangan, Wanita Buktikan Kekurangan Adalah Kelebihan

BUKAN mudah sebenarnya apabila orang pandang rendah dengan orang kelainan upaya (0KU), namun saya kuatkan semangat demi mak. Saya bangkit untuk buktikan kemampuan diri,“ luahan rasa seorang wanita cekal, Aliah Talib.

Aliah, 34, berkata, sejak kecil, beliau sudah kal1s dengan cemvhan dan ej3kan lantaran f1zikalnya yang dilah1rkan tanpa kedua-dua belah tangan.

“Saya akui hati ini bukannya kuat sangat dan sudah lama memendam rasa. Sed1h sangat apabila ada yang memperlekehkan kemampuan. Ada yang kata, masak guna kaki, k0torlah, tidak mampu memandu keretalah dan macam-macam lagi.

“Namun, saya ambil semua kata-kata ped1h itu sebagai penguat semangat. Kepada yang sesuka hati mel0ntarkan perkataan yang t4jam, hentikanlah.

Jangan sesekali bersangka bvruk dengan ketentuan atau melawan takdir ALLAH,“ tuturnya yang beriltizam mahu menjadi seperti manusia normal lain meskipun dih4mbat dengan kekurangan diri.

pelukis Aliah

Kronologi kehidupan Aliah sungguh menyentuh perasaan. Bayangkan, wanita hebat yang sudah boleh memandu kenderaan sendiri itu, hanya sempat bersekolah selama setahun di tadika. Itu semua disebabkan rasa malu berdepan dengan rakan-rakan sebaya.

“Ketika itu, saya memang tak t4han kena ej3k dengan kawan-kawan. Saya akan men4ngis semahu-mahunya dan merayu tak mahu ke sekolah sampaikan mak pasr4h dan turutkan sahaja kehendak saya.

Kakak dan abanglah jadi guru dan meng4jar saya. Kakak juga teman saya bermain masak-masak di rumah. Kebahagiaan saya hanya berada dalam ruang lingkvp keluarga,“ ceritnya.

Bakat seni

Penulis kemudian bertanya, bagaimana beliau mengurus dirinya tanpa tangan? Bukankah ia satu perkara yang sukar?

“Ya, benar. Bukan mudah nak uruskan diri apabila tiada tangan, tetapi saya fikir pelbagai cara untuk buat semuanya sendiri. Saya cuba sampai boleh dan emak banyak bantu serta berikan kata-kata semangat.

Emak kata pada saya, adik kena belajar berd1kari sendiri, nanti emak dan abah sudah tiada, siapa nak t0long? Adik beradik lain nanti masing-masing akan berkeluarga,“ luahnya penuh kesayuan.

Anak bongsu daripada tujuh beradik itu meneruskan bicaranya mengenai kecintaan terhadap bidang seni.

Ujar Aliah, kecenderungan itu sebenarnya telah dipupuk sejak kecil lagi apabila ahli keluarganya rajin melayan dan membelikan pensil warna dan buku.

pelukis Aliah

Akhirnya, apabila meningkat dewasa, beliau mendapatkan latihan melukis secara formal di Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan (PLPP) Bangi, Selangor pada 2004 hingga 2007.

Canting batik

Sesungguhnya, kata Aliah, ALLAH SWT sebaik-baiknya perancang. DIA mengaturkan sesuatu sesuai dengan kemampuan diri seseorang.

“Sepanjang tempoh empat tahun di PLPP Bangi, ia telah membuka satu perspektif yang lebih luas kepada saya.

“Saya banyak belajar di PLPP. Selama ini, saya ingatkan diri ini paling lem4h dan tidak upaya, rupa-rupanya ada yang berdepan dengan dvgaan lebih besar lagi. Pun demikian, individu-individu itu tetap g1gih berusaha untuk perbaiki diri.

“Bergaul dengan mereka yang juga kurang bernasib baik juga membuatkan saya sujvd syukur. ALLAH MAHA PENYAYANG kerana masih beri saya peluang untuk teruskan hidup dan buktikan kemampuan diri,“ katanya.

pelukis Aliah

Hasil kesungguhan dan keazaman yang jitu, Aliah menonjolkan bakatnya mencanting batik dan menghasilkan seni abstrak.

Beliau kini sudah bergelar pelukis di bawah Persatuan Artis Pelukis Mulut dan Kaki Malaysia.

“Sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), saya rajin turun padang buat dem0nstrasi mencanting batik menggunakan kaki kanan. Seronok apabila ramai suka dengan hasil seni dan ramai teruja dengan keupayaan saya melukis.

“Pun begitu, musim C0vid-19 dan ditambah dengan PKP, saya lebih banyak duduk di rumah dan habiskan masa dengan melukis. Kadang-kadang buat biskut untuk makan-makan bersama keluarga,“ ujarnya yang mengimpikan untuk memiliki galeri lukisannya sendiri.

pelukis Aliah

Kepada mereka yang senasib dengan Aliah, berikut adalah nasihatnya yang barangkali boleh dijadikan azimat hidup.

“Jangan rasa rendah diri. Kita kena yakin dengan kemampuan, kebolehan dan berusahalah untuk terus berjaya walau ada yang perlekehkan dan kata OKU ini menyusahkan.

“Kita kena bangkit dan buktikan kepada mereka bahawa OKU pun mampu berdiri sama tinggi, duduk sama rendah seperti orang lain. Kekal tenang dan p0sitif walaupun berdepan hal4ngan kerana percayalah, ALLAH SWT ada di sisi kita.“

Kepada yang berminat untuk membeli lukisan sentuhan Aliah, boleh berbuat demikian menerusi Facebooknya, Aliah Talib.

PROFIL

  • Nama: Aliah Talib
  • Umur: 34 tahun
  • Asal: Alor Setar, Kedah
  • Kerjaya:  Pelukis
  • Facebook: Aliah Talib

 

Sumber: Sinar Plus

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Coretan Ummi

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan Lupa Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf