Alif Satar Simpan Rahsia Setahun Lebih, Michael Berhajat Esok Mahu Tunaikan Solat Jumaat Bersama.

Pejam celik,pejam celik, bulan Ramadan sudah semakin hampir dengan kita.

Malah, pengarah popular, Michael Ang yang juga merupakan saudara baru Islam telah  mendedahkan dirinya bahawa sudah memeluk agama Islam lebih setahun lalu.

“Sebelum saya peluk Islam, saya tak terlintas pun nak puasa dan tak ada niat langsung nak puasa. Sebab saya tengok kawan-kawan di set pengambaran seperti ‘menyeksa’ diri tak makan, tak minum dan nampak mereka macam penat,” kata Michael kepada MH.

Mula mengucap dua kalimah syadah pada Februari tahun lalu, Michael menyedari bahawa keberkatan puasa memberi 1001 kelebihan.

“Tapi bila saya mendalami Islam, rupanya ada sebab kenapa Allah suruh umatNya berpuasa. Banyak sangat kelebihan sebenarnya..

“Puasa pertama tahun lepas tak ada istilah seksa ke apa. Cumanya, saya seorang perokok. Saya jenis yang makan sekali, minum pun boleh tahan lagi, berapa jam je kan.. Saya okay lagi.  Tapi merokok tu lah,” jelas Michael.

Michael ketika ditemui ditemui di Majlis Tayangan Ramadhan Astro di Astro All Asia Broadcast Center, Bukit Jalil pada Selasa mahu Ramadan kali ini memberi 1001 makna baginya yang bergelar Muaalaf.

“Semoga tahun ni akan memberi lebih makna bila berbuka puasa, saya boleh jadi sendiri, tak perlu nak sorok lagi.

Lebih mengejutkan, Michael terhutang budi dengan penyanyi dan pengacara Alif Satar kerana dia telah menyimpan rahsia (status agamanya) selama setahun lebih ini dan berhajat mahu menunaikan solat Jumaat bersama (esok).

“Dan paling penting sekali ialah saya nak pergi solat Jumaat sebab selama ni saya buat di rumah. Saya tak nak pergi sebab nanti orang akan tanya, “apa cina ni buat kat masjid?”

“Jadi dia (Alif) pun dah janji dengan saya, dia akan solat Jumaat dengan saya,” akhiri Michael  yang mengekalkan nama asalnya iaitu Michael Ang Hai Swee.

Sumber  : MH

error: Content is protected !!