“Along Minta Izin Mak Sebelum Nak Rapat Dengan Perempuan”- Adik Nafi Saksi Adalah GF Zulfarhan.

KES membabitkan Zulfarhan Osman Zulkarnain terus mendapat perhatian ramai tapi kali ni berkaitan seorang wanita yang didakwa sebagai teman wanita Pegawai Kadet Laut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang meninggal dunia kira-kira dua tahun lalu.

Semuanya gara-gara tweet seorang pengguna akaun @very_duli yang meluahkan rasa kasihan dan tertanya-tanya mengenai perasaan dilalui wanita bernama Nurul Syuhada Md Jamean yang dikatakan kekasih Allahyarham Zulfarhan.

Posting dengan kapsyen Read this and i cry. Tak ada orang mention sangat Zulfarhan Osman ni ada girlfriend. Sedihnya mendapat 8,700 dan 5,900 tanda suka di Twitter.

Bagaimanapun posting tersebut turut mendapat perhatian Zulfaiqah Lyana yang juga adik ketiga Zulfarhan yang tampil menjelaskan status wanita berkenaan kerana bimbang timbul kekeliruan berhubung perkara itu.

Posting berkenaan kekasih arwah Zulfarhan menjadi tular di Twitter.

Zulfaiqah atau lebih mesra disapa Faiqah menafikan wanita tersebut adalah teman wanita abang sulungnya itu.

“Dia (Nurul Syuhada Md Jamean) sebenarnya bukan girlfriend Along. Mengapa? Sebab tiada siapa dalam keluarga kami tahu kewujudannya dalam hidup Along sebelum Along meni1nggal dunia.

“Mungkin sekali dua Along ada sebut nama dia pada mak tetapi tak lebih daripada itu. Tapi saya memang tak kenal dia dan yakin mereka hanya sekadar kawan,” katanya kepada mStar.

Pelik

Malah Faiqah meluahkan rasa pelik dengan pengakuan gadis tersebut yang juga salah seorang saksi dalam kes pembuVnuhan abangnya.

“Kami pelik sangat sebab kami tak pernah kenal siapa pun dia sebelum abang meninggal. Bila mak tanya dia ada tak nombor telefon mak dia kata tak ada. Jadi ia sesuatu yang aneh.

Faiqah (tiga dari kiri) bersama keluarganya semasa perbicaraan kes kem@atian abangnya baru-baru ini.

“Jika dia girlfriend Along, mesti dia tahu nombor telefon ibu saya. Ada orang kata mungkin a@rwah tak beritahu keluarga tapi sejujurnya Along sentiasa minta izin mak sebelum nak rapat dengan mana-mana perempuan,” katanya.

Jelas Faiqah, semua ahli keluarga mengetahui abangnya mempunyai teman wanita dikenali sebagai Tasha.

Dia (Nurul Syuhada Md Jamean) sebenarnya bukan girlfriend Along. Mengapa? Sebab tiada siapa dalam keluarga kami tahu kewujudannya dalam hidup Along sebelum dia meni1nggal.

“Abang memang dah ada girlfirend time tu cuma bukan dia (Nurul Syuhada) sebab dia sendiri yang mengaku girlfriend abang tapi sebenarnya tak pun.

“Apa yang pasti kami hanya kenal seorang sahaja girlfriend abang (Tasha). Dia tahu nombor telefon mak sebab dah memang rapat dengan keluarga kami. Mereka kenal sebelum Along masuk UPNM, masa tu sama-sama belajar dekat Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru,” katanya.

Ditanya mengenai kesahihan sama ada Tasha dan abangnya sudah ‘putus’ sebelum i1nsiden ngeri itu, Faiqah tidak pasti tentangnya.

Gadis dikenali Tasha yang juga kekasih Zulfarhan.

“Soal sama ada mereka dah putus atau tidak kami sendiri tak pasti sebab arwah tak cakap apa-apa pun mengenai hubungan mereka. Tapi kami pelik apabila netizen dakwa mereka dah putus.

“Tak apalah mulut orang kan, kami tak boleh nak buat apa-apa. Kadang-kadang mereka lebih memandai dari keluarga yang kenal a@rwah sendiri,” katanya yang terkilan dengan dakwaan itu.

Nurul Syuhada antara salah seorang saksi kes perbicaraan Zulfarhan yang maut dipercayai dibuli rakan seuniversitinya pada 22 Mei 2017.

sumber :mstar

error: Content is protected !!