“Amount yang dia transfer.. terkejut Anju! “- Kad Kredit Di Sekat Beli Barang Bantuan, Tidak Sangka Fazura DM Beri Sumbangan.

Hiburan

Pelakon dan influncer, Zarina Anjoulie yang dikatakan lantang memberikan pendapat tentang permintaan beberapa orang artis sebelum ini, berkongsi satu IGTV di Instagramnya.

Zarina atau lebih mesra dipanggil Anju berkongsi kisah bagaimana dia dan teman lelakinya membeli barangan keperluan buat mereka yang tidak mampu.

“Tadi Anju dan Yaz dah belanja sampai kad (kredit) dah decline. Kita ingat cukuplah untuk hari ini, tk ada rezeki nak belanja lebih.

“Tapi tiba-tiba ada sorang kakak artis ni DM nak contribute. Ya Allah, dia punya amount yang dia transfer kat Anju, terkejut Anju! Tau siapa tak? Kak Fazura kita,” terang Anju.

Anju juga ingin berterima kasih kepada Abang Burger Oraits yang turut menghulurkan wang untuk membeli barangan keperluan.

“Ini semua duit Kak Fazura dan Abang burger tadi. Beras, susu, pampers, ni semua ni sumbangan Kak Fazura dan abang burger.

“Anju nak cakap thank you so much pada Kak Fazura dan Abang Oraits Burger kerana bagi sumbangan,” cerita Anju dalam video tersebut.

Antara komen

Pada masa yang sama, Anju juga meminta supaya orang ramai tidak datang ke rumahnya kerana dia ingin utamakan barangan tersebut untuk orang yang benar-benar memerlukan.

Sumber Gempak