Anak Diana Danielle Selamat Berkhatan Tapii Aksi Lucu Si Adik ‘Buka Gerai’ Sambil Teman Abang Cuit Hati

Hiburan

Musim cuti sekolah biasanya berkhatan antara aktiviti wajib yang dilakukan oleh ibu bapa kepada anak lelaki. Lebih-lebih lagi yang sudah sesuai untuk melakukannya.

Bagi pelakon cantik manis,  Datin Diana Danielle menerusi satu temu bual memberitahu amat bangga dengan keberanian anak lelakinya, Muhammad yang baharu berusia lima tahun untuk melalui proses berkhatan.

Diana, 28, berkata, keputusan untuk berkhatan itu dibuat sendiri oleh Muhammad selepas berasa tercabar dengan sepupunya yang sudah bersunat.

“Kalau ikutkan saya rasa memang macam masih terlalu awal… Saya tidak paksa atau suruh tetapi dia sendiri yang beritahu mahu bersunat.

“Dia rasa tercabar dan tidak mahu ketinggalan apabila kebanyakan sepupu lelakinya sudah pun berkhatan jadi dia mahu melalui proses sama.

Diana yang juga isteri kepada Datuk Farid Kamil menerusi laman instagramnya memuat naik cerita anak lelakinya itu telah selamat berkhatan dengan menggunakan kaedah laser di di sebuah klinik di Seremban.

Tambah Diana lagi, anak sulungnya itu memang seorang yang berani.

“Alhamdulillah dia seorang yang berani dan saya sendiri pun tak sangka dia betul-betul dengan keputusannya itu,” katanya.

“Muhammad hanya menangis ketika diberikan ubat bius namun selepas kesan ubat itu hilang, kanak-kanak itu mula menyesal dengan keputusannya.

“Dia menangis kerana kesakitan dan beritahu menyesal kerana bersunat… Tetapi itu pada hari pertama sahaja dan sekarang keadaannya semakin pulih,” katanya.

Selain mendapat perhatian ibu dan ayah, Muhamad juga turut ditemani adiknya. Lucunya, si adik siap membawa bersama mainannya untuk menemani si abang. Bertuah dapat adik yang prihatin macam Aurora ni kan.

“Adik buka gerai makan khas untuk @chemad7 #sisterlove,” kapsyen yang dimuatnaik oleh Diana.

luv_adeebainul_ Baiknya adik teman abang dia. Tak la abg bosan. Cepat sembuh ya che mad.

sahara.mohamad GWS cik mad…hero already

masadid1990 Hahaha cuteness overload.. comel je adik.

puan_rf Yeayy tahniah @chemad7 dah selamat..comel je adik teman abg

ecah.ecahcute Hihi so cute..chemat boleh oder anything tp kesian cannot eat

marissa_beauty2 Alololo omey adik nye pun. Alhamdulilah che mad dh khatan.

syafiqahroslan90 alahai dah jd anak bujang @chemad7 ye. dahla hensem sgt tu.semoga jadi anak yg soleh ye

rohayatienordin Bgusnya Aurora!

Sumber: Mstar Online & IG dianadanielleb
Kredit: keluarga