
- Perdana Menteri Pakistan
Lapor NBC, Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan menzahirkan rasa terkejut beliau dan dengan lantang mengutuk ser4ngan pengg4nas ke atas dua buah masjid berkenaan.
“Ia hanya mengesahkan apa yang kita tegaskan selama ini iaitu keganasan tidak mempunyai agama. Doa saya kepada magsa dan keluarga mereka,” katanya.
2. Ratu Elizabeth II
Pemerintah Britain, Ratu Elizabeth II pula amat sedih dengan serangan mengerikan pada ketika ini, ingatan dan doa pemimpin itu adalah bersama kesemua rakyat New Zealand.
“Putera Philip dan saya merakamkan ucapan takziah kepada keluarga dan rakan mereka yang terkorban selain merakamkan penghargaan buat petugas kecemasan serta sukarelawan yang menyediakan sokongan kepada mangsa yang cedera,” katanya.
Ratu Elizabeth, 92, adalah pemerintah diraja tertua dan paling lama berkhidmat di dunia, beliau adalah ratu kepada 15 negara selain Britain termasuk Australia, Kanada dan NZ.
Kali terakhir beliau berkunjung ke NZ pada 2002 sempena sebahagian sambutan pemerintahannya yang ke-50.
3. Perdana Menteri Australia
Kritikan sama disuarakan Perdana Menteri Australia, Scott Morrison yang berang dengan insiden itu dan mengutuk serangan hari ini oleh pengganas berhaluan kanan.
“Serangan ini mengingatkan kita tentang kejahatan yang ada sekarang,” katanya.
4. Menteri Luar Indonesia
Menteri Luar Indonesia, Retno Marsudi dengan lantang mengu tuk serangan temba kan itu di lokasi beribadat khasnya ketika solat Jumaat sedang berlangsung.
5. Presiden Turki
Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan dengan tegas mengvtuk serangan ke atas Masjid al Noor di New Zealand dan umat Islam.
I strongly condemn the terror attack against the Al Noor Mosque in #NewZealand and Muslim worshippers. May Allah have mercy on the victims and grant a speedy recovery to the wounded.
— Recep Tayyip Erdoğan (@RT_Erdogan) March 15, 2019
“Semoga Allah merahmati mereka yang terk0rban dan memberikan kesembuhan segera kepada mangsa yang cedera,” katanya.
6. Datuk Bandar New York
Datuk Bandar New York, Bill de Blasio dalam pada itu berkata, rakyat New Zealand berada dalam ingatan dan hati penduduk New York City berikutan berita menyedihkan dari Christchurch.
“Doa kami adalah bersama mereka yang terjejas dengan ser4ngan kejam di masjid New Zealand,” katanya.
7. Presiden Amerika Syarikat
“Saya amat bersimpati kepada rakyat New Zealand, susulan serangan kejam di dua masjid itu. Seramai 49 orang meningal dunia dalam keadaan yang tidak boleh diterima dengan ramai mangsa lain cedera.
“Amerika Syarikat bersama New Zealand memberi sokongan dalam semua bentuk yang diperlukan. Semoga Tuhan merahmaati semua!” kata Trump di Twitter.
8. Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Malaysia bertuah kerana mempunyai pasukan perisik yang mantap dan mengetahui setiap tindak-tanduk pengganaas.
“Tiada jaminan keganaasan tidak berlaku di negara ini tetapi Malaysia bertuah kerana mempunyai pasukan risikan yang bagus.
“Kami berharap kerajaan New Zealand akan menangkap para pengganas itu dan mengambil tindakan yang perlu mengikut undang-undang negara itu,” katanya.
“Kami amat dukacita dan simpati dengan mangsa dan keluarga yang terlibat dalam kejadian itu,”
9.Perdana Menteri New Zealand
Sementara itu, Presiden New Zealand, Jacinda Ardern menyifatkan kejadian yang berlaku di Christchurch adalah keganasan yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Katanya lagi, kebanyakan mangsa adalah ahli komuniti migran dan New Zealand adalah rumah mereka.
Tambahnya, individu yang melakukan keganasan ini tiada tempat di sini atau di mana-mana tempat di dunia ini.
sumber pelbagai : twitter, metro, bharian , ohbulan, astroawani.